Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Tuesday, April 23, 2013

Pengerusi Darul Qur'an Wa Sunnah Melawat Malaysia



Awal April 2013, Sheikh Dr Abdul Raham Jamal dari Darul Qur'an wa Sunnah telah melawat Malaysia. Beliau adalah Pengerusi DQWS yang terkenal di Gaza dengan usaha membentuk dan mendidik anak-anak dan penduduk Gaza sehingga melahirkan para penghafaz Al-Qur'an. Seorang Pemimpin NGO di Gaza pernah berkata ' Jika kamu menziarahi rumah-rumah di Gaza, niscaya akan diemui para penghafaz Qur'an". Menurut Dr Abdel Rahman Jamal, Insha Allah Al-Aqsa akan dibebaskan dengan mereka yang ada di dalam dirinya Al-Qur'an dan mengamalkan al-Qur'an".


Kedatangan beliau ke Malaysia adalah di dalam rangka mengeratkan hubungan dengan Aqsa Syarif dan VPM di samping mengadakan ziarah dan pertemuan dengan beberapa agensi dan institusi di Malaysia.

Selain itu beberapa aktiviti rasmi dan sampingan disusun termasuk ceramah umum, khutbah Jumaat dan pemetrian MoU untuk beberapa projek Darul Qur'an Wa Sunnah.

Aqsa Syarif dan VPM/Muslim Profesional Forum turut melancarkan projek tajaan halaqah Tahfiz Qur'an yang di adakan di Masjid Negara di Kuala Lumpur.

Kempen Menaja Hafiz di Gaza  akan berlangsung daru April - 31 Mei 2013. Jumlah tajaan Tahfiz di Gaza meliputi Kos untuk seorang pelajar tahfiz di Gaza bernilai RM550 (USD 170) setahun. Kos ini termasuk yuran pengajian, makan/minum dan bahan-bahan pelajaran.  Aqsa Syarif membuka kepada sebarang jumlah sumbangan dari orang ramai dan jumlah sumbangan pada akhir kempen akan disalurkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti Halaqah Tahfiz di seluruh Gaza. 

Ketika lawatan deligasi Aqsa Syarif di Gaza pada bulan Feb 2013, perbincangan awal sudah diadakan dan DQWS mencadangkan beberapa projek untuk ditaja oleh rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif (Lihat di SINI).
YouTube DQWS di SINI. Gambar-gambar Solat Jumat di UIA (di SINI).











No comments:

Post a Comment