Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Friday, July 13, 2012

13 Program & Projek Bersempena Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ramadhan Di Palestin


Kejayaan menyalurkan sejumlah RM1.5 Juta sumbangan yang dikumpulkan Aqsa Syarif dari rakyat Malaysia pada Ramadhan tahun lalu mendorong JK Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ramadhan di Palestin tahun ini melipatgandakan usaha untuk membawa sejumlah RM3 juta bagi 13 Program dan Projek membantu dan membela rakyat Palestin.

Sehingga kini Aqsa Syarif telah menjalankan 32 program dan projek semenjak awal 2010 di Gaza, di Tebing barat dan di kem-kem pelarian di luar Palestin. Pada akhir 2010, Aqsa Syarif bersama TV3 di dalam rancangan Bersamamu Palestin dengan penampilan artis Faizal Tahir telah menyalurkan bantuan tajaan Beras Faiza. Pada masa yang sama, Aqsa Syarif menyalurkan tajaan anak-anak yatim secara bulanan di kem-kem pelarian di Beirut. TV3 dengan penampilan pengerusi Aqsa Syarif ketika itu, Ustaz Hassanudin Mohd Yunos telah menghasilkan beberapa siri rancangan TV Bersamamu Palestin

Setelah kejayaan Misi Kemanusiaan Global jalan darat dari UK ke Gaza pada pertengahan Sep - Akhir 2010 yang disertai Aqsa Syarif (lihat di SINI), sehingga Jun 2012, tujuh (7) misi kemanusiaan telah dianjurkan dan disertai Aqsa Syarif ke Gaza. Hasil kerjasama akrab di antara Aqsa Syarif dan 7 NGO serta 3 Agensi Kerajaan di Gaza, Aqsa Syarif telah berjaya membantu membangunkan empat (4) sektor fokus yang kritikal bagi membangun semula Gaza selepas Gaza diserang rejim zionis Israel pada Dis 2008 - Jan 2009. 

Penganalisaan yang teliti oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta kepakaran para kakitangan dan aktivis Aqsa Syarif, 4 fokus projek yang kritikal dikenalpasti dan telah / sedang dijalankan iaitu merangkumi;
a. Sektor Makanan,
b. Sektor Kesihatan/Perubatan,
c. Sektor Pendidikan/Pelajaran dan
d. Sektor Sosio-Ekonomi.
Lihat di SINI senarai lengkap projek-projek Aqsa Syarif di Gaza.

Berbekalkan komitmen para aktivis Aqsa Syarif yang bertebaran di seluruh Malaysia dan luar negara kini Aqsa Syarif mendapat kepercayaan dan dokongan yang padu oleh NGO-NGO dan agensi-agensi kerajaan di Gaza khususnya.  Komitmen 14 Pengurus-pengurus Sekretariat Negeri-negeri dan lebih 70 Ketua-ketua Sekretariat Daerah di Malaysia (Lihat di SINI) telah menjadikan perancangan dan usaha Aqsa Syarif menjadi kenyataan. 

Kewujudan dan aktiviti Aqsa Syarif bukan sahaja dilibati masyarakat di dalam negara, para pelajar dan rakyat yang berada di luar negara juga turut berminat untuk menjadi aktivis dan sukarelawan Aqsa Syarif. Sehingga kini beberapa inisiatif yang menjadikan Aqsa Syarif di Malaysia sebagai mentor telah memungkinkan kewujudan sekretariat Aqsa Syarif luar negara menjalankan aktiviti kesedaran dan kutipan dana. Di antaranya ialah Aqsa Syarif Europe, Misi Kasih Palestin (UK), Aqsa Syarif OZ, dan di beberapa negaa seperti Mesir, Jepun, China dan Korea.

Tambahan pula dengan kepercayaan dan sokongan rakyat Malaysia, pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan korporat telah memampukan Aqsa Syarif menjana dana yang melebehi sasaran tahunan. Semenjak tahun 2010 sehingga pertengahan 2012, sejumlah RM5juta telah dapat dikumpulkan dan sejumlah RM4juta telah disalurkan kepada rakyat Palestin sehingga Jun 2012.


Projek dan Program Ramadhan 1433 / Julai 2012

Setelah kajian di buat dan perbincangan dengan rakan-rakan NGO di Palestin, pada Ramadhan tahun ini Aqsa Syarif telah mengenalpasti 13 program dan projek dan berusaha untuk menyalurkan dana sejumlah RM3 juta (TV Hijrah) yang akan menjurus kepada tiga fokus keperluan di Palestin iaitu;
a. Bantuan Makanan dan Keperluan Ramadhan dan Syawal.
b. Bantuan Asas Keluarga Miskin.
c. Projek Jangka Panjang Dalam Sektor Pendidikan, Makanan, Kesihatan dan Sosio-Ekonomi.

Untuk bantuan makanan dan keperluan Ramadhan dan Syawal, orang ramai ditawarkan menyumbang secara mudah dengan pakej serendah RM50 hingga RM300 dan ini adalah dibawah lingkungan upaya individu. 
Di antara pakej yang ditawarkan ialah pakej berbuka puasa di Masjidil Aqsa & di kem-kem pelarian di Gaza dengan hanya RM50 untuk satu set yang boleh dimakan untuk jamuan berbuka oleh 2-4 orang. Eid Gift pack untuk para pesakit kanser di Hospital di Gaza (khususnya di Hospital Kanser Rantissi) dengan nilai RM250, Ramadhan Gift Pack yang mengandungi makanan dan lain-lain untuk keluarga miskin dengan nilai RM300 dan pakej Back to School (set bag dan uniform pelajar-pelajar yatim dan miskin dengan nilai RM150.



Untuk bantuan keluarga miskin dan dhoif pula, Aqsa Syarif dengan kerjasama Salam Society dan Emaar Association di Gaza telah mengenalpasti lebih 40 rumah untuk dibaikpulih dan harganya sekitar RM15,000. Perdana Menteri Palestin di Gaza, Dr Ismael Haniyeh telah memberi penekanan khusus menganai bantuan ini dan Aqsa Syarif menyahut seruan tersebut yang telah bermula projek tersebut pada Jun 2012. 

Untuk Projek jangkapanjang, Aqsa Syarif telah membuat kajian dan mengambil strategi dan pendekatan memberikan "joran" dan bukan "ikan". Ini adalah bagi membantu rakyat Gaza dapat bangun semula dengan pendekatan mampan/lestari. Sebahagian projek telah mula berjalan semenjak akhir 2010 dan sebahagiannya baru dimulai yang menyentuh spektrum yang luas termasuk dalam sektor kesihatan, makanan, pendidikan dan pembuatan. 
Bagi memberi peluang orang ramai dapat menyertai projek-projek yang berdaya saing dan telah terbukti berjaya seperti peojak kilang roti persahabatan Malaysia-Palestin, projek ternakan lembu, projek kilang keju, projek ternakan ikan dan projek pembiayaan mikro Qardhul Hassan, pakej kecil diwujudkan yang nilainya sekitar RM5,000 hingga RM9,000. Pakej ini boleh di sertai melalui pengemblingan secara berkumpulan seperti oleh satu keluarga, melalui persatuan dan kelab-kelab, masjid, pejabat dan badan korporat.

Pendekatan di atas akan memberikan kemudahan bagi orang ramai dan secara berkumpulan bersama-sama melibatkan diri di dalam beramal di bulan Ramadhan yang mulia untuk membela dan membantu rakyat dan perjuangan di Palestin.

Orang ramai boleh mendapatkan brosur dari wakil-wakil daerah Aqsa Syarif yang berdekatan yang menurunkan kesemua program/projek dan menggunakan borang khas. Orang ramai cuma perlu MEMILIH dengan menanda jenis tajaan yang dihajati, MEMBUAT PEMBAYARAN melaui Maybank atau Bank Islam dan MEMAKLUMKAN kepada ibu pejabat atau ketua Aqsa Syarif berdekatan. Pembayaran juga boleh dibuat dengan ketua-ketua daerah atau pengurus-pengurus Aqsa Syarif Negeri.


No comments:

Post a Comment