Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Tuesday, July 3, 2012

Aktivis Edar Risalah Palestin Kepada Penunggang Beca dan Orang Ramai

Bersempena A4P, Pengerusi Aqsa Syarif Melaka, En Aris Sipan dengan dibantu oleh jawatankuasanya serta aktivis dari luar negeri Melaka serta aktivis mahasiswa IPT yang sedang bercuti telah berjaya menguruskan aktiviti kempen dan kutipan dana untuk Palestin berjaland engan berkesan.

Selain dari mengedar buletin Aqsa Syarif kepada mereka yang beralan kaki lalu-lalang, aktivis Aqsa Syarif juga mengedarkan risalah palestin kepada para pelancung yang menaiki beca di Melaka.  

Selain itu, para aktivis turut mengajak para pengunjung menyertai Aqsa Syarif sebagai sukarelawan dengan mendaftar secara rasmi digerai Aqsa Syarif. Lebih 20 sukarelawan dair kalangan orang awam dan para pelajar IPT yang mengunjungi program A4P telah mendaftar. Di antaranya ialah para staf dan pelajar Politeknik Melaka yang turut menjayakan program A4P.

Turut hadir di program ialah aktivis Azmi Katiman yang datang dari Temerloh Pahang dengan membawa Mafla, kemeja T dan majalah Jom untuk dijual bersempena A4P.




Berita sebelum ini bertajuk  "Arts for Palestine" di Melaka 29 Jun - 1 Julai 2012 lihat di sini.




No comments:

Post a Comment