Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Sunday, July 15, 2012

Majlis Makan Malam Amal Rose2Rose AQSA Cemerlang & Menyentuh Perasaan Mereka Yang Hadir

Dr Mahmoud Hirthani, Pensyarah di University AL-Quds Gaza yang turut hadir di majlis makan malam Amal R2R AQSA menyatakan bahawa beliau jarang menangis di Gaza walaupun berhadapan dengan pelbagai situasi kerana mereka memang perlu sentiasa tabah, tetapi pada malam tersebut beliau menetiskan air mata beberapa kali khususnya apabila beberapa acara pentas dipersembahkan.

Begitulah suasana yang berjaya diwujudkan oleh Penganjur hasil perancangan rapi, kejelasan objektif dan gandingan mantap semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran Mjlis Makan Malam Amal R2R AQSA yang di adakan pada 14 Julai 2012 mulai 8.30 malam di Dewan Kristal TM Convention Centre, Menara Telekon Jalan Pantai Baru Kuala Lumpur.

Sejumlah 100 meja dijual (1000 kerusi) dengan kehadiran hampir 100% dari kalangan orang awam, wakil badan-badan korporat, wakil-wakil NGO dan para tetamu dari dalam dan luar negara khususnya dari Palestin. Di antara VVIP yang hadir iaitu dari Palestin ialah Sister Tahani Ramadan Abu Jazar (Ummu Moaz), pengurus Dar Al Quran wa sunnah Rafah; Dr Khalid Mahmoud Abu Nada, Chairman Darul Quran Wa Sunnah, Rafah; Dr Dr Mahmod Al- Hirthani, Adik Aya Sad Mussa Abu Jazar (Anak Ummu Moad's), penghafal 30 juzuk dalam masa 2 bulan, pelajar Dar Al-Quran dan Sister Syaama Shehab, pengurus Al-Rahma society Jabalia. 

Manakala tetamu dari Malaysia ialah Prof Madya Dr Hafidzi bin Mohd Nor - Pengerusi Aqsa Syariff , Tn Syed Ibrahim bin Syed Noh - Vice President, IKRAM, Dato' Dr Musa Mohd Nordin - Chairman, Viva Palestina Malaysia, Datuk Bazlan Osman - Group Chief Financial Officer –TM, Hj Ahmad Azman  Azizul Rahman Pemangku CEO World Wide Holdings, Tn Hj Mohd Adam Mohd Said - CEO Irshad, dan Wakil kepada Tan Sri Azman Mokhtar - Managing Director Khazanah.

Majlis Makan Malam Charity R2R AQSA adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi projek-projek membantu wanita di Palestin, khususnya pembinaan pusat-pusat komuniti wanita di Gaza. Aqsa Syarif melalui projek R2R telah menyalurkan sejumlah RM300,000 untuk pembinaan bangunan pusat komuniti wanita di Rafah pada awal 2012. Dua pusat lagi akan dibina pada penghujung tahun ini pada Insya Allah.

Sister Tahani Ramadan Abu Jazar (Ummu Moaz) di dalam ucapannya menyatakan rasa terharu dan sangat-sangat menyanjung usaha Aqsa Syarif khususnya JK Pusat R2R serta JK Majlis Makan Malam R2R. Ucapan turut disampaikan oleh Sister Syaama Shehab serta bacaan hafazan Qur'an oleh Sister Aya Sad Mussa Abu Jazar. Adik Aya Sad Mussa Abu Jazar turut dijemput mempersemahkan bacaan ayat-ayat Qur'an - beliau adalah di antara penghafaz yang dihasilkan oleh organisasi Dar-Qur'an Wa Sunnah, Gaza.

Beberapa persembahan pentas termasuk tayangan montaj R2R, nasyid live oleh kumpulan Soff-one, sajak Palestin, Flash Mob oleh sekumpulan lebih 30 pelajar UiTM dan Ikramteen Subang Jaya, Jualan Lelongan produk Palestin, Deklamasi Sajak Palestin oleh Prof Madya Dr Lim Swee Tin dan En.Munawer Ismail dengan iringan muzikal dan persembahan Sand-Art yang sungguh unik dan mengkagumkan oleh En Long Bee Gee.

Pengacara utama Dr Hafidzah binti Mustakim dengan dibantu DeeJay Idris dan Ust Roffazlin telah berjaya membawa hadirin kepada pelbagai segmen dan sudut yang istimewa termasuk juaan cenderahati meja ke meja yang dibawa oleh beberapa kumpulan anak-anak serta acara lelongan amal produk-produk seni kraf dari Palestin yang mencecah lebih RM1000.00 untuk satu-satu produk.








Jumlah kutipan sumbangan sampul yang diperolehi dari meja-meja hadirin pada malam tersebut berjumlah RM193,000. Ini tidak termasuk sumbangan wakaf dan jualan meja jamuan. Jumlah jualan pelbagai produk Palestin dianggaran berjumlah RM15,000,  manakala sumbangan khas diterima dari Woldwide Holding berjumlah RM30,000 dan dari Pn Siti Haniza Mohd Nazri berjumlah RM140,000. 
Seramai 200 orang pelajar bersama meraikan dan memberi sokongan kepada program Rose2Rose. Tahniah kpd Ummi MedikMesir (Pn Siti Haniza Mohd Nazri) atas kejayaan dan santunan terhadap bakal-bakal pelajar aktivis yang akan bersama menggerakkan kesedaran Palestin bersama Aqsa Syarif Mesir.


Di luar dewan UmiMedikMesir turut memborong keseluruhan frame-frame bergambar Art4Palestine yang dihasillan melalui kompilasi imej secara digital oleh Muhammad Aiman, bekas pelajar UIA dari Johor dengan nilai RM1400 bagi disumbangkan untuk Palestin.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan tahniah kepada Pn Norsham Abu Bakar - Pengarah Program serta Dr Fauziah Hassan - Penasihat R2R serta semua ikhwah/akhawat, hadirin hadirat dan para penyumbang yang terlibat secara langsug dan tidak langsung bagi menjayakan program yang membawa misi khusus untuk membantu perjuangan Palestin dan Membela rakyat Palestin.





































Maklumat Lanjut sila ke : http://www.facebook.com/myrose2rose?ref=ts






No comments:

Post a Comment