Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Tuesday, July 3, 2012

Pendedahan Isu Palestin Untuk Para Pelancung di Melaka

Bersempena Program Arts for Palestine A4P yang dijalankan di dataran muzium-muzian Melaka, pameran dan jualan Aqsa Syarif dan lukisan-lukisan berkaitan perjuangan Palestin oleh Politeknik-politeknik di Malaysia telah mendedahkan betapa usaha memantu Palestin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Aktivis Aqsa Syarif yang hadir dan menjayakan pameran dan jualan telah mengambil kesempatan mengedarkan bahan-bahan penerangan menenganai Palestin kepada orang ramai yang mengunjungi pusat pelancungan dan muzium-muzium di Malaka. Walaupun mereka hanya lalu lalang, kesempatan di sapa oleh para aktivis telah membolehkan penerangand an penjelasan mengenai isu Palestin disamaikan kepada para pelancung. 

Poster, lukisan dan bunting yang menjelaskan keadaan di Palestin serta bunting projek-projek Aqsa Syarif membantu di dalam menyebarkan maklumat kepada para pelancung yang berkunjung. Tidak kurang juga yang bermurah hati memasukkan wang di tabung-tabung sumbangan Palestin yang disediakan sekitar kemah pameran.

Sekumpulan pelajar 'summer school' dari Arab Saudi turut di sapa dan diterangkan akan usaha Aqsa Syarif membantu masyakat di Gaza. Mereka juga akhirnya menyumbang dan membeli mafla Aqsa Syarif sebagai kenang-kenangan berada di Malaysia.

Pengajaran dari program ini Aqsa Syarif pada masa hadapan perlu menyediakan bahan-bahan pameran dan penerbitan di dalam bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa bagi diedarkan kepada masyarakat pelbagai bangsa dan agama.









No comments:

Post a Comment