Pada Khamis 5 Julai 2012 telah berlagsung ceramah Iara' Mikraj dan Persediaan Ramadhan serta hubungannya dengan pembelaan Umat terhadap Palestin. Ceramah diadakan di perkarangan Surau Pt Hj Othman oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar yang telah 3 kali mengetuai dan menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.
Ceramah dimulakan dengan mengajak para hadirin mempertingkatkan kesyukuran kepada Allah di atas nikmat Islam dan Iman yang dikurniakan Allah kepada kita dengan memelihara kesucian Islam di dalam diri, keluarga dan masyarakat. Ramai manusia di luar sana yang tidak mendapat hidayah ALlah, mereka hidup di dalam serba tidak menentu tanpa panduan hidup dan tanpa tahu bagaimana hendak menjalani hidup dan menjalani ibadah kepada pencipta sebagaimana yang diturunkan di dalam ajaran suci Islam.
Di dalam Isra' Mikraj umpamanya, Islam telah memberikan panduan kepada umatnya bagaiman perlunya bersolat sebagai salah satu bentuk Ibadah kepada ALlah. Begitu juga dengan kedatangan Ramadhan yang penuh keberkatan. Itu semua adalah suatu padauan yang jelas untuk umat Islam di dalam menjalani hidup dan melakukan amal di sisi Allah.
Perjuangan umat Islam dari dahulu hingga kini perlu terus dihidupkan. Isalm adalah agama kebenaran dan sebarang kezaliman perlu ditentang. Semenjak seawal 1940'an lagi dan sejarah penaklukan Palestin 1948 adalah titik hitam di dalam sejarah umat Islam dan hingga kini bumi Palestin masih dijajah rejim zionis Israel. Menjadi tanggungjawab seluruh umat bekerjasama dan membantu untuk membebaskan Palestin dan Masjidil Aqsa.
Pnceramah menjalaskan isu-isu Palestin dari segi sejarah hingga kini, bagaimana misi-misi bantuan Aqsa Syarif untuk memberi ruang kepada masayarakat Malaysia menyalurkan bantuan sebagai tanda dokogan dan sokongan kepada rakyat Palestin. Dr Zin membentangkan dalam bentuk tayangan slides dan video misi-misi ke Gaza 2010, 2011 dan 2012 serta projak-projek yang dijalankan Aqsa Syarif dengan kerjasama NGO di Palestin.
Dr ZIn juga menjelaskan bahawa Aqsa Syarif akan menghantar misi bantuan kemanusiaan pada ramadhan kali ini dan menyeru para hadirin menghulurkan bantuan bagi dibawa ke Palestin.
Pengerusi Suaru, Penegrusi Masjid berhampiran, Ketua kampung, AJK surau dan kampung serta penduduk kampung, yang muda dan yang tua sekitar 200 orang menghadiri ceramah tersebut. Wakil Aqsa Syarif Pontian turut hadir mengadakan pameran dan jualan produk-produk Aqsa Syarif dan yang istimewa ialah Kurma Aqsa Syarif.
Di hujung majlis, AJK surau menyerahkan kutipan derma Palestin kepada Dr Mohd Zin dan Wakil Aqsa Syarif Pontian, En Kasfi.
No comments:
Post a Comment