Program Ekspresi Gaza 2012 : Arts for Freedom – Towards The Freedom of Aqsa Mosque, Palestine yang berlangsung selama tiga hari dari 6-8 Julai 2012 di Kompleks Sukan Paroi Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya dan berjaya menarik sehingga sekitar 10,000 pengunjung. Para pengunjung adalah mereka yang sememangnya datang untuk menyaksikan pelbagai acara dan pameran yang di adakan selama tiga hari yang mereka perolehi maklumatnya dari media-media cetak dan elektronik serta poster yang di edarkan sekitar Seremban, Port Dickson dan Paroi serta sekitarnya.
Para pengunjung juga adalah dikalangan penduduk yang datang berriadah pada waktu pagi, petang dan malam ke kompleks sukan dan sekitarnya.
Para pengunjung juga adalah dikalangan penduduk yang datang berriadah pada waktu pagi, petang dan malam ke kompleks sukan dan sekitarnya.
Sepanjang tiga hari program, Politeknik Port Dickson telah menggunakan empat gerai untuk tujuan Pameran bahan-bahan lukisan hasil seni pelajar dan staf yang bertemakan perjuangan dan pembelaan Palestin.
Lukisan-lukisan yang dihasilkan menggambarkan bagaimana sokongan masyarakat di atas perjuangan pembebasan Palestin. Kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin juga digambarkan di dalam penghasilan imej digital. Turut dipamerkan ialah hasil lukisan pelajar-pelajar dan staf Politeknik Kuantan.
Cenderamata di dalam bentuk penghasilan penanda buku, kaligrafi, hiasan dalam kereta juga dihasilkan oleh pelajar dan staf Politeknik dengan menggunakan teknologi 'laser cutter' yang imejnya adalah melalui rekabentuk digital.

Staf politeknik juga mengembling tenaga mengadakan jualan kuih-muih, permainan kanak-kanak dan pakaian-pakaian yang disumbangkan oleh staf Politeknik dan rakan-rakan mereka. Kesemua makanan dan pakaian dijual dengan harga yang sangat berpatutan dan semua hasil jualan/keuntungan disumbangkan ketabung Palestin.
Pelbagai aktiviti pentas sepanjang hari dari pagi hingga malam dipersembahkan di bawah kemah di dataran Kompleks yang sangat selesa yang disediakan di kompleks berkenaan.
Di antara persembahan pentas termasuklah ceramah Palestin dan pengalaman misi-misi Aqsa Syarif ke Gaza, tayangan film "tears of gaza", tayangan video dan dokumentari serta rakaman konvoi Aqsa Syarif ke Gaza.
Beberapa siri ceramah Palestin dan pengalaman para sikarelawan menyertai misi ke Gaza juga turut dipersembahkan.

Di samping itu aktiviti kanak-kanak tadika dan sekolah yang merangkumi aktiviti mewarna, melkis dan tulisan khat bertemakan perjuangan dan sokongan terhadap rakyat Palestin turut di adakan. Penyertaan juga dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.
Beberapa persembahan tarian dan nasyid yang sangat menghiburkan turut menjadi daya tarikan program Ekspresi Gaza 2012 yang disumbangkan secara percuma oleh para pelajar dari beberapa sekolah sekitar Negeri Sembilan.
Ekspresi Gaza 2012 turut ditunjukkan oleh para pengunjung melalui tulisan, kenyataan yang membawa mesej sokongan terhadap Palestin dan tentangan terhadap rejim zionis Yahudi melalui tulisan dan tanda tangan di kain putih yang disediakan penagjur.
Salah satu dari nya ialah tanda tangan dan ekspresi Gaza 2012 yang dihasilkan dengan pengemblingan aktivis Aqsa Syarif dan pensyarah Politeknik serta sokongan para pengunjung yang telah menghasilkan suatu rekabentuk bendera Palestin bertuliskan ayat FREE Gaza.
Pengarah Politeknik Port Dickson, Yang berbahagia Majar (K) Haji Mohd Kharir bin Mohd Ibrahim; Pengarah Projek, Dr Isham Shah; Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi turut menurunkan tanda tangan di bendera tersebut.

Penduduk sekitar Seremban dan yang berdekatan kelihatan tidak melepaskan peluang berkunjung sambil memberli barangan termasuk pakaian yang cantik-cantik dengan harga RM2 dan RM1 yang didermakan staf Politeknik dan orang ramai.
Para pensyarah dan staf Politeknik PD, tidak berganjak dan mencurahkan sepenuh tenaga, komitmen dan masa bagi menjayakan Ekspresi Gaza 2012 yang begitu cemerlang pernah di adakan oleh mana-mana Politeknik di Malaysia.
Begitu juga para aktivis Aqsa Syarif Negeri Sembilan yang diketuai Pengurus Negeri iaitu Encik Hasri Wazir, ketua-ketua sekretariat Aqsa Syarif dan para aktivis dari dalam negeri serta laur negara iaitu dari Jordan, Rusia, Peranchis dan UK yang sedang bercuti juga turut serta menjayakan program ini.
Sepanjang program ini, liputan media dari stesyen-stesyen TV, Radio dan akhbar tempatan dan nasional turut di adakan. Mereka membuat liputan umum dan khusus seperti acara peraduan melukis, mewarna dan tulisan khat selain liputan keseluruhan acara dan temubual khas dengan Pengarah Politeknik, Pengarah J Kuasa Induk Program dan Ahli Pemegang Amah Aqsa Syarif, temubual juga diadakan dengan para pengunjung.
Pengarah Politeknik PD turut berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan di hari pertama dan di majlis penutup. Selain itu wakil Aqsa Syarif yang hadir turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan pada hari kedua dan ketiga program.

Akrivis dari Johor, Pahang dan Melaka yang pernah mengikuti misi ke Gaza dan Global March to Jerusalem 30 March 2012 juga turut menyumbang tenaga dan masa.
Pada hari Ahad 8 Julai 2012 jam 2.30 petang, majlis penutup telah di sempurnakan dengan kehadiran Pengarah Politeknik PD dan Pengerusi Aqsa Syarif.
Di majlis tersebut pengetua Politeknik menekankan perlunya inovasi dilonjakkan dan dimanfaatkan untuk perjuangan seperti yang dilaksanakan Politeknik PD untuk membantu mereka yang ditindas di Palestin.
Beliau mengajak orang ramai terus membantu usaha-usaha murni Aqsa Syarif. Beliau juga akan berusaha mengangkat program serupa ini diperingkat nasional.
Beliau akan berusaha menjadikan aktiviti pelajar dengan menghantar sukarelawan ke Gaza setelah kejayaan Politeknik PD menghantar sukarelawan ke Kampuchia di dalam misi kemanusiaan.

Program Ekspresi Gaza 2012 telah mengumumkan kutipan dana Palestin sejumlah RM15,000 yang telah diserahkan kepada Pengerusi Aqsa Syarif oleh Pengarah Program dan Pengarah Politeknik di majlis penutup Ekspresi Gaza 2012.
No comments:
Post a Comment