Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, July 25, 2012

Solat Tarawikh, Tazkirah, Ukhuwah & Dana Untuk Ramadhan di Gaza

Kedatangan para imam muda al-hafiz dari Palestin yang diurskan oleh Aqsa Syarif membawa beberapa objektif yang bersepadu bagi membolehkan tercapainya matlamat kejayaan di dalam membela dan membebaskan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa.

Aqsa Syarif yang telah sekian lama komited terhadap pembelaan rakyat Palestin melalui pelbagai usaha dan inisiatif seperti menjalankan kempen-kempen penerangan dan kesedaran kepada rakyat Malaysia (lihat di SINI), Aqsa Syarif juga secara praktikal telah berusaha mengikuti dan menganjurkan sisi misi kemanusia ke Palestin (lihat di SINI). Aqsa Syarif seterusnya telah secara bersungguh-sungguh melaksanakan penyaluran bantuan dipelbagai sektor hasil sumbangan rakyat Malaysia (lihat di SINI).

Bertepatan dengan pendekatan yang bersepadu dan berperingkat, kini Aqsa Syarif telah memulakan langkan membawa imam-imam di kalangan rakyat Palestin yang muda untuk memikul beberapa misi membantu Aqsa Syarif di dalam pencapaian misi yang murni. Di dalam kertas kerja cadangan projeSolat Tarawikh bersama Imam Muda Al-Hafiz dari Gaza, Palestin dinyatakan objektif-objektifnya iaitu;

  • Agar masyarakat merasai dekatnya mereka dengan rakyat Palestin melalui kehadiran Imam-imam muda Gaza di Malaysia yang mengimamkan Solat Tarawih.
  • Memantapkan kempen kesedaran Palestin dan meningkatkan dan meluaskan kutipan untuk taung  dan  Projek Ramadhan di Palestin oleh Aqsa Syarif.
  • Aqsa Syarif reaching out – media, agensi-agensi kerajaan, NGOs, masjid dan individu-individu strategik.
  • Pendedahan imam-imam muda mengenai akrivis Palestin di Malaysia dan kehidupan di Malaysia.  



Sejajar dengan objektif yang bersifat bersepadu, di dalam kesempatan kehadiran imam-imam di Malaysia aktiviti berikut dijalankan:-


1. Mendekatkan rakyat Malaysia dengan Palestin.
Kehadiran anak-anak muda telah dapat memberikan peluang masyarakat Malaysia berinteraksi dengan rakyat Palestin. Ramai yang merasa terpanggil untuk ke Palestin menghulurkan bantuan dan menziarahi rakyat Palestin, namun mereka tidak berkesempatan. Dengan kehadiran beberapa orang secara khusus di bulan Ramadhan ini, wakil rakyat Palestin secara langsung dapat berinteraksi dengan masyarakat. Di samping itu mereka dapat menjalin kasih sayang dan dapat terus mendapatkan berita mengani Palestin dari mulut orang Palestin sendiri.

2. Kehadiran ke Masjid dan di Bazar Ramadhan serta majlis-majlis ceamah dan tazkirah. 
Kesempatan selepas solat tarawikh sering dimanfaatkan dengan majlis ringkas penerangan oleh imam-imam muda Palestin dan huraian-huraian oleh peceramah Aqsa Syarif. Kesempatan tersebut dapat memberikan dengan jelas isu Palestin dan bentuk-bentuk bantuan dan sumbangan yang sedang dan akan dirancang khususnya sumbangan Ramadhan di Palestin. 

3. Media adalah di antara saloran yang efekrif di dalam menyalurkan maklumat dan berita kepada masyarakat. Oleh itu usaha sama di antara Aqsa Syarif dan agensi-agensi media telah memungkinkan rakyat Malaysia mendapat berita dan maklumat dengan tepat mengenai isu-isu dan bentuk-bentuk sumbangan yang sewajarnya diberikan oleh rakyat Malaysia. Imam-imam muda yang datang ke Malaysia berpeluang menghadiri sidang-sidang media dan liputan sepanjang mereka di Malaysia.  

4. Imam-imam muda Palestin adalah bakal-bakal pemimpin masa hadapan.
Kehadiran mereka di Malaysia dan pendedahan-pendedahan yang diberikan oleh Aqsa Syarif sebagai penganjur projek ini juga sedang dan akan terus memberi peluang seluas mungkin untuk para imam-imam melawat tempat-tempat penting dan mengarap ilmu dan pengalaman yang berguna dari Malaysia untuk dibawa balik dan dikongsikan kepada rakyat Palestin apabila mereka balik ke kampung masing-masing seleps selesai misi mereka di Malaysia. 











No comments:

Post a Comment