Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Tuesday, July 3, 2012

Ceramah Isra' & Mikraj dan Perjuangan Palestin di Pontian

Jumaat 29 Jun 2012, Satu ceramah dan tayangan multi media telah diadakan di Masjid Abdul Jabbar di Rambah, Pontian Johor. Ceramah disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar dan sesi pendek penjelasan terkini serangan Israel terhadap Gaza oleh Saudara Tamer Al-Ajrami, iaitu pelajar Palestin yang kini menuntut di UTM.

Ceramah menyentuh mengenai kepentingan Masjidil Aqsa di dalam keahidupan umat Islam dengan merujuk kepada surah Al-Isra' ayat 1. 

Penceramah memberi penekanan tentang perlunya umat Islam bersama-sama menyumbang dengan apa jua upaya agar Palestin dapat dibebaskan dari cengkaman Israel dan masjidil Aqsa dapat dibebaskan. Kezaliman yang kini sudah mencecah 65 tahun begitu menekan dan menyebabkan penderitaan rakyat Palestin dan di Gaza. Menjadi tanggungjawab umat Islam seluruhnya untuk mengetahui bahawa rakyat Palestin sekian lama menjadi benteng mempertahankan bumi dan masjid umat Islam iaitu Palestin dan Masjidil Aqs. Marilah sama-sama turut berjuang membebaskan Al-Aqsa.
Pameran ringkas dan jualan produk turut menjadi tumpuan para ahli jamaah yang hadir, terutama mafla Aqsa Syarif.

Tahniah team Aqsa Syarif Pontian dan Ustaz Rozamli yang menyusun program yang turut hadir menjayakan majlis. Tahniah kepada JK Masjid dan terima kasih kepada Tn Hj Shafie Ketua Kampung dan Timbalan Pengerusi Masjid dan Hj Tumiran JK Masjid yang membawa kami dan tetamu dari Palestin ke gerai untuk jamuan makan malam dan menjamah durian.

Semoga Ramadhan nanti, program yang lebih besar akan dapat dirancang dan dijayakan.








No comments:

Post a Comment