Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Monday, September 17, 2012

Laporan Menyeluruh Misi Ramadhan AQSA ke Palestin A2G8 & A2G9


Alhamdulillah ... berikut adalah maklumat-maklumat dan capaian-capaian berkaitan misi kemanusiaan A2G8 & A2G9. Allahu Akbar Walillahilhamd.
Misi Ramadhan Aqsa Syarif ke Palestin sememang dirancang semenjak sebelum Ramadhan lagi. Dua kumpulan misi dirancang iaitu pada pertengahan Ramadhan sebagai misi A2G8 dan penghujung Ramadhan sebagai misi A2G9. Di atas beberapa situasi dan insiden yang tidak dapat dielakkan, sehingga menyebabkan kepada penutupan pintu sempadan Gaza iaitu di Rafah, pihak urusetia telah dimaklumkan oleh wakil di Mesir akan beberapa keli penangguhan misi.

Alhamdulillah akhirnya pintu sempadan Rafah dibuka semula untuk misi dan urusetia misi segera menguruskan pengabungan dan perjalanan misi yang bertolak pada 12 Ogos 2012 yang disertai oleh para sukarelawan Malaysia dari Malaysia, UK dan Mesir.





No comments:

Post a Comment