Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Saturday, September 15, 2012

ROADSHOW AL-QUDS SARAWAK (MIRI) BERJAYA DIANJURKAN



Pada 30 Ogos - 2 Sept 2012, satu program Roadshow Al-Quds telah berjaya dianjurkan Aqsa Syarif Miri dengan kerjasama Ikram Teens Miri, Ikram Miri dan sekretariat MyGaza Mission.
Sdr Muhammad Aiman bin Mohd Zin (lepasan UIA Gombak dan ahli deligasi Global March to Jerusalem ke Amman Jordan) telah dijemput oleh Pengerusi Aqsa Syarif Miri, Saudari Noor Adilah melalui maklumat dari Saudara Mus’ab Muzahar (peserta misi A2G2 / YDP MPP Unimas). 

Tujuan program adalah untuk memberi pendedahan dan  ceramah kesedaran Palestin di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan pelajar-pelajar universiti di sekitar Miri. Kedatangan Saudara Aiman juga adalah untuk memberi pendedahan kepada aktivis Aqsa Syarif Miri dalam membantu memperkasakan pasukan aktivis Aqsa Syarif di samping berkongsi pengalaman beliau dalam misi Global March to Jerusalem (GMJ) di Jordan pada bulan march yang lalu. 

Muhammad Aiman (MA) tiba di Airport Miri pada jam 6.00 ptg 30 Ogos 2012 (Khamis) dan disambut oleh 4 orang aktivis AQSA dari Curtin University dan selepas solat maghrib terus dibawa ke Open House Sdr Rosli. Di sana  MA sempat berkongsi mengenai GMJ kepada para tetamu yang hadir.
Selepas itu, MA ke Pejabat Ikram Miri untuk mesyuarat penyelarasan program roadshow yang akan dimulakan keesokan harinya bersama AJK Aqsa Syarif Miri.

31 Ogos 2012 (Jumaat)    : Program Palestin di Sek. Men. Sains Miri (7.30 pg – 12.00 tgh hari)

Tiga slot telah dijalankan iaitu:
a)     Aku & Palestin (oleh Sdr M.Aiman)
b)    Wall of Solidarity (oleh Sdri Adilah)
c)     Peranan kita (oleh Sdr Aiman)

Disamping program memberi pendedahan isu Palestine, Aqsa Syarif Miri juga memeperkenalkan Ikram Teens Miri kepada pihak sekolah. Respon dari para pelajar dan guru-guru amat positif dan peranan alumni sekolah yg terdiri dari aktivis AQSA Miri sangat membantu dalam menghubungkan pihak sekolah dan AQSA/Ikram.
Pihak sekolah bercadang untuk menjemput lagi pihak Aqsa Syarif/Ikram Teens untuk program susulan berkaitan kesedaran isu ummah sejagat dan motivasi pelajar-pelajar.



)    Perkongsian di Institut Pendidikan Miri (2.30 – 4.30 ptg)

Perkongsian tentang GMJ dan sejarah Palestin bersama lebih kurang 40 orang guru pelatih telah berjaya dijalankan. Pendedahan tentang peranan yg boleh mereka mainkan sebagai bakal pendidik diberi penekanan. Mereka juga didedahkan tentang situasi dan isu-isu pendidikan di Gaza dan Palestin yang sangat memerlukan bantuan dari ummat Islam.

Respon sangat positif dari para peserta dan maklumat yang diterima akan membantu mereka di dalam menganjurkan minggu Palestin pada semester akan datang. Perbincangan dan sesi bertukar-tukar idea dijalankan akan bagaimana cara terbaik untuk menyampaikan isu Palestin kepada masyarakat kampus berbilang kaum.



Bersama majlis jemaah perwakilan pelajar IPG Miri


1 September 2012 (Sabtu)
Jamuan Raya Ikram Miri (10 pagi – 12.30 tgh hari)

Sesi Ikram bersama ahli dan masyarakat. Hadirin diperkenalkan tentang Ikram Miri dan institusi di bawah Ikram Miri iaitu Aqsa Syarif, Ikram Teens dan Tadika Al-Amin Aulad.


2    DS2 (Duduk Sembang-sembang) (4.30 – 6.00 ptg)

Sesi perkongsian pengalaman GMJ, dakwah dan tarbiyyah bersama pelajar-pelajar Curtin university. 


3    Mini TOPS (8.30 – 11.00 mlm)

Sesi Mini-TOPS adalah sesi perkongsian pengalaman MA sepanjang menjadi aktivis Aqsa Syarif. Ilmu-ilmu yang diperolehi di dalam pelbagai penglibatan sepanjang belajar di UIA, penglibatan di dalam JK MyGMJ dan penyertaan di dalam "Training of Palestinian Specialist" (TOPS) Selangor banyak membantu MA mengendalikan mini Tops ini. MA banyak berkongsi bagaimana aktivis harus memiliki perasaan 'izzah' (rasa mulia) di dalam membawa isu Palestin dan membawa mesej tarbiyyah dan dakwah dalam memperjuangkan isu ini.

Para aktivis dibawa untuk mentajdid niat, bagaimana menjadi aktivis yang benar-benar menyumbang dan bekalan-bekalan yang harus ada pada seorang aktivis Aqsa Syarif. Seterusnya Action plan untuk Aqsa Syarif Miri dibincangkan bersama.


2 September 2012 (Ahad)
1    Ceramah Palestin di SMKA Miri (SMKAMi)

Tiga slot telah dijalankan iaitu:
a)    Aku & Palestin (oleh Sdr M. Aiman)
b)     Wall of Solidarity (oleh Sdri Azreen)
c)     Peranan kita (oleh Sdr M. Aiman)
SMKAMi adalah sekolah paling akrab dengan Ikram Miri dan usrah sekolah telah lama di jalankan. Pelajar-pelajar di sana sangat berpotensi terutama adik-adik yang berada di tingkatan 5. Ramai menyatakan kesudian mengikut jejak langkah kami menganggotai Ikram/Aqsa Syarif ketika di universiti kelak.



Secara kesimpulannya, Roadshow Al-Quds Miri berjaya mecapai objektifnya. Aqsa Syarif Miri memerlukan lebih banyak tenaga dan sokongan dari Aqsa syarif pusat dari sudut kewangan dan galakan kerana Miri adalah kawasan yang agak baru mendapat pendedahan isu-isu Palestin dan ummah sejagat.
Di samping itu, semangat yang ditunjukkan oleh aktivis Aqsa Syarif Miri walaupun ada yang baru menyertai sebagai aktivis sangat membanggakan dengan idea dan pengorbanan masa dan tenaga yang tidak berbelah bagi.
Moga Aqsa Syarif akan terus maju dan dapat memperkasakan masyarakat di Sarawak dan Sabah di dalam pembelaan Palestin 





No comments:

Post a Comment