Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Monday, October 21, 2013

Bantuan Ke Palestin Tetap Disalurkan Walaupun Misi Rombongan Ke Gaza Gagal Dilaksanakan Ramadhan 1434 (2013)

Keadaan tidak menentu di Mesir beberapa hari sebelum ketibaan Ramadhan tahun ini telah menyukarkan penghantaran misi Aqsa Syarif ke Palestin. Faktor keselamatan merupakan perkara penting di dalam penghantaran misi-misi Aqsa Syarif. Namun Aqsa Syairf terus melipatgandakan usaha di dalam menjalankan kempen penjanaan dana di Malaysia dan di luar Malaysia bagi usaha-usaha penyaluran bantuan khususnya di bulan Ramadhan dapat dilaksanakan secara berterusan. 

Bahan-bahan edaran dan borang-borang diedar di seluruh Malaysia melalui pelbagai kempen pameran dan ceramah oleh para aktivis Aqsa Syarif serta dibantu dengan kehadiran imam-imam muda tahfiz dari Gaza telah memungkinkan kutipan dana diperolehi dari para penyumbang.

Beberapa projek sasaran bantuan bersempena Ramadhan tahun ini untuk rakyat Palestin telah dirancang dana dilaksanakan di seluruh negara malah oleh para aktivis Aqsa Syarif di luar negara juga.

Di antara projek-projek yang dirancang dan telah berjaya dilaksanakan bersempena Ramadhan tahun ini ialah;
1. Iftar di Gaza dan di Masjidil Aqsa.
2. Ramadhan Food Pack / Bungkusan makanan keluarga Palestin.
3. Eid Present / Hadiah Hari Raya.
4. Sumbangan Zakat kepada penduduk Palestin yang layak.
Aqsa Syarif melalui Tajamu' AL-Muasassat Al-Khairiyah bersama dengan NGO-NGO di Gaza, Beirut dan Tebing Barat telah berjaya mengagih-agihkan bantuan di bulan Ramadhan tahun ini.

Link laporan bergambar dan video-video serahan bantuan :-


Aqsa Syarif mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para penderma dan penghulur zakat yang disalurkan melalui projek penjanaan dana Aqsa Syarif Ramadhan di Palestin tahun 2013/1424. Sesungguhnya sumbangan anda semua telah memberi keceriaan dan senyuman kepada rakyat Palestin yang sedang ditindas untuk turut bergembira menjalani Ramadhan dan Eidul Fitri Mubarak. ganjaran baik dari Allah utnuk para penderma dan penyumbang. Alhamdulillah.



Berbuka Puasa di Madjid-masjid di kem-kem pelarian di Gaza

Edaran Juadah Berbuka ke kem-kem pelarian di Gaza


Edaran Juadah Berbuka ke kem-kem pelarian di Gaza

Edaran Juadah Berbuka ke kem-kem pelarian di Gaza

Edaran Juadah Berbuka ke kem-kem pelarian di Gaza


Edaran Juadah Berbuka ke kem-kem pelarian di Gaza


Sumbangan Juadah Berbuka di Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis.


Majlis Berbuka Untuk anak-anak yati, di Jabalia di Gaza

Majlis Berbuka Untuk anak-anak yati, di Jabalia di Gaza









No comments:

Post a Comment