Kuala Lumpur, 16 Julai 2013 - Sekretariat Aqsa Syarif Petaling Jaya dengan kerjasama Pihak Pengurusan Masjid Wilayah telah menggandingkan 2 imam muda jemputan; imam jemputan tetap Masjid Wilayah untuk sepanjang Ramadhan, Imam Mohamad Munji, dan Imam Muda Gaza, Imam Ismail Musa Ismail Matar, untuk mengimamkan solat fardhu Maghrib dan Isyak serta solat terawih semalam.
Imam Mohamad Munji yang berasal dari Mesir telah menjadi imam jemputan tetap sempena Ramadhan di Masjid Wilayah buat tahun ketiga berturut-turut. Beliau juga merupakan imam tetap di salah sebuah masjid di Kuwait.

Jika anda terlepas peluang sebelum ini untuk bersama-sama Imam Muda Gaza di Masjid Wilayah, Aqsa Syarif akan membawakan 2 lagi imam pada 25 Julai, Imam Raid Khalid Abdullah Abu Makhdah, dan 30 Julai, Muhammad Naji Ibrahim Abduh, untuk mengimamkan solat fardhu dan solat terawih. Jangan lepaskan peluang kali ini.

Gmabar : Kelihatan Imam Ismail sedang beramah mesra dengan tetamu setelah selesai solat terawih semalam.
No comments:
Post a Comment