Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Tuesday, July 2, 2013

Aqsa Syarif, Maybank Jalin Kerjasama Laksana Sumbangan Palestin Direct Debit

Oleh NUR NAZLINA NADZARIekonomi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Julai - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Aqsa Syarif Bhd. (Aqsa Syarif) dan Maybank Islamic hari ini melancarkan Kempen Direct-Debit bagi memudahkan orang ramai menyumbang kepada Tabung Palestin Aqsa Syarif.

Pengerusi Aqsa Syarif, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor berkata, pihaknya yakin dengan adanya kerjasama tersebut, kutipan sumbangan dapat ditingkatkan.
Katanya, beliau menyasarkan dengan kempen Direct-Debit, pihaknya dapat meningkatkan sumbangan sehingga RM5 juta menjelang hujung tahun ini.
"Dari Julai 2012 hingga Jun tahun ini, Aqsa Syarif telah berjaya mengutip sumbangan sehingga RM11 juta.
"Kami yakin, dengan medium sumbangan yang lebih sistematik ini, orang ramai akan lebih mudah menyalurkan sumbangan kepada rakyat Palestin," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen tersebut di Dataran Maybank di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Bersekutu Jualan Korporat Pengurusan Kewangan, Transaksi Perbankan, Perbankan Global, Kaeyda Abdul Kadir.
Hafidzi memberitahu, orang ramai yang mahu memberi sumbangan tersebut boleh mendapatkan borang Direct-Debit itu dari wakil Aqsa Syarif dan juga cawangan Maybank.
Jelasnya, sumbangan yang ingin disalurkan boleh juga dibuat daripada bank yang lain selain Maybank.
Sementara itu, Kaeyda berkata, beliau berbangga kerana Maybank telah dipilih menjadi peneraju dalam kempen tersebut.
"Maybank akan berkerjasama dengan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd. (MyClear) yang akan menjadi perantara untuk sumbangan kepada Aqsa Syarif.
"Melalui kerjasama ini, pemegang akaun Maybank dan juga akaun lain dapat memberikan sumbangan secara elektronik.
"Pemilihan Maybank sebagai rakan niaga adalah langkah bijak kerana bank ini mempunyai pemegang akaun terbanyak di pasaran dengan 30 hingga 40 peratus," ujarnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Video Direct Debit : http://www.youtube.com/watch?v=o2Qma8Rcm90

No comments:

Post a Comment