Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Sunday, July 14, 2013

MEJA PACAK AQSA SYARIF di Masjid - Untuk Kempen Projek Ramadhan di Palestin


Kedatangan Ramadhan yang penuh keberkatan sering memberikan peluang umat Islam menanam saham untuk akhirat sebanyak-banyaknya. Peluang Ramadhan sebagai bulan di mana amalan dilipatgandakan Allah memberikan motivasi aktivis Aqsa Syarif untuk membuka peluang kepada rakan dan taulan di kejiranan dan kariah masjid masing-masing.

Aqsa Syarif yang telah menyusun projek Ramadhan Bersam Aqsa Syarif di Palestin saban tahun merancang untuk menjana dana bagi disalurkan kepada rakyat Palestin yang sedang ditindas dan dikepung oleh rejim israel laknatullah.

MEJA PACAK AQSA SYARIF adalah suatu idea yang simpel dengan kerjasama pihak masjid. Aktivis Aqsa Syarif yang sememang sudah mempunyai hubungan rapat kerana sentiasa berjamaah di Masjid Tmn Sri Pulai Perdana Skudai dimanfaatkan bagi menjalankan kempen:-
a. Kempen tajaan program Ramadhan di palestin. 
b. Kempen sumbangan Palestin bulanan secara Direct Debit.

Konsep MEJA PACAK AQSA SYARIF di Masjid ini mula dibuka pada malam pertama solat tarawikh dan berterusan sehingga ke hari ini. Di meja tersebut diletakkan beberapa bahan dan maklumat:-

a. Buku gambar warna-warni yang menjelaskan (i) Penerangan Ringkas Sejarah palestin hingga kini; (ii) Profil dan latar belakang serta senarai penuh misi-misi Aqsa Syarif ke Palestin dan (iii) Senarai penuh projek-projek dan kejayaan bantuan Aqsa Syarif di Palestin. 

b. Brochure tajaan 10 jenis program dan projek Aqsa Syarif di Palestin. Orang ramai boleh menaja seumpama set buka puasa di Gaza atau Masjidil Aqsa bernilai RM50.00 satu set; Set Ramadhan Food Pack bernilai RM300.00 satu pack; Set Tajaan Eid Gift bernilai RM150.00 dan banyak lagi (ada 10 kesemuanya).

c. Tabung sumbangan atau tempat memasukkan borang tajaan beserta duit. 

d. Kurma kotak untuk jualan (walaupun harga RM12, sering ahli jamaah memasukkan RM50 untuk 1 kotak, maknanya lebihnya utk sumbangan.

e. Borang Direct Debit - untuk diberikan kepada sesiapa yang berminat menyumbang secara bulanan.

Sebelum dan selepas solat tarawih, aktivis akan berada di meja untuk melayan para pengunjung yang ingin mendapat makluamt lanjut dan membuat penyerahan borang tajaan dan borang Direct Debit.

Dengan demikian, mudahlah ahli kariah untuk memperolehi maklumat dan menghulurkan sumbangan untuk Palestin.


Gambaran MEJA PACAK AQSA SYARIF bersempena Ramadhan di Masjid-masjid

Bahan-bahan maklumat dan borang tajaan Ramadhan. Gambar-gambar warna warni tentang projek-projek Aqsa Syarif di Palestin menarik ramai pengunjug Meja Pacak.  

Seorang anak ahli kariah masjid meneliti borang tajaan & seorang lagi membelek buku A2G2.



Bunting Kempen Tajaan Ramadhan

 Borang Tajaan Ramadhan yang diedar kepada ahli kariah

RM500 diterima dari ahli jamaah masjid untuk 3 set tajaan, Alhamdulillah.

 Borang Sumbangan Direct Debit yang ditawarkan kepada ahli-ahli kariah


Aktivis AQSA menerangkan kepada ahli kariah bagaimana mengisi borang pakej Direct Debit


Setelah 4 malam Meja Pacak AQSA di Masjid, jumlah sumbangan & tajaan berjumlah RM1,700.00

Seorang aktivis AQSA mendapat izin pihak masjid memberikan penerangan 10 minit mengenai usaha Aqsa Syarif membantu Palestin di bulan Ramadhan serta menerangkan mengenai pakej brochure tajaan dan Direct Debit sebelum solat Tarawih.


%%%%%%%%%%%%%%%%%

LAGI MEJA PACAK DI MASJID TMN SRI PULAI, SKUDAI (UPDATE)

Hanya pada lepas solat subuh Ramadhan ke tujuh, 6 minit penerangan menganai Nasib Baitul Maqdis dan perlunya membantu rakyat Palestin yang ditindas dan sedang berjuang mempertahankan bumi umat Islam serta berusaha merampas kembali, kemudian diikuti dengan pembukaan MEJA PACAK AQSA di lobi Masjid pada waktu berbuka puasa.

Makcik, pakcik dan para ahli jamaah berpusu-pusu menghulurkan sumbangan dan membuat penajaan pack berbuka puasa untuk penduduk kem-kem pelarian di Gaza dan di Masjidil Aqsa. RM50 satu set tajaan.

Alhamdulillah hari pertama di masjid ini;
a. RM937.00 Sumbangan diterima.
b. 11 pack iftar mendapat tajaan, 11 x RM50 = RM550.

JUMLAH : RM1,487.00

Semoga keberkatan untuk para penumbang dan Insha Allah digandakan ganjaran ke atas amalan-amalan mulia tersebut.

Diriwayatkan dalam shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas radiyallahu anhuma, ia berkata:

(( كَانَ النَّبِيُّ r أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُوْنُ فِيْ رَمَضَانَ، حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ وَكَانَ جِبْرِيْلُ يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ، فَكَانَ رَسُوْلُ الله r حِيْنَ يَلْقَاهُ أَجْوَدَ بِالخَيْرِ مِن الرِّيْحِ المُرْسَلَةِ ))

“Nabi shallallahu alaihi wasallam adalah orang yang amat dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan padanya Al-Qur’an. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan padanya Al-Qur’an. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ketika ditemui jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.”

Hadits ini diriwayatkan pula oleh Ahmad dengan tambahan:

(( وَلاَ يُسْأَلُ شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ ))

“Dan beliau tidak pernah dimintai sesuatu kecuali memberikannya.”

Dan menurut riwayat Al-Baihaqi, dari Aisyah radhiyallahu anha:

((كَانَ رَسُوْلُ الله r إِذَا دَخَلَ رَمَضَانَ أَطْلَقَ كُلَّ أَسِيْرٍ وَأَعْطَى كُلَّ سَائِلٍ))

“Rasullullah shallallahu alaihi wasallam jika masuk bulan Ramadhan membebaskan setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta.”

Kedermawanan adalah sifat murah hati dan mudah memberi, Allah pun bersifat Maha Dermawan, sebagaimana diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari sa’ad bin Abi Waqqash t bahwa Nabi r bersabda:

(( إِنَّ الله جَوَّادٌ يُحِبُّ الجُوْدَ، كَرِيْمٌ يُحِبُّ الكَرَمَ ))

“Sesungguhnya Allah itu Maha Dermawan, cinta kepada kedermawanan dan Maha Pemurah, cinta kepada kemurahan hati.”

Meja Pacak AQSA di Masjid Tmn Sri Pulai

Meja Pacak AQSA

3 kompilasi gambar-gambar maklumat penting AQSA

3 kompilasi gambar-gambar maklumat penting AQSA. Print atas card paper, full colour dan dalam bentuk folder

Sesuai untuk penerangan dalam keadaan multimedia tidak dapat digunakan kerana jamaah sedang consentrate beribadah / tilawah

Ahli jamaah bergambar kenang-kenangan bersama para aktivis AQSA

Ahli jamaah memasukkan sumbangan ke dalam tabung di meja Pacak.


No comments:

Post a Comment