ALhamdulillah, berkat do'a semua ... keluarga, ikhwah, akhawat, sahabat handai, majikan tempat kami bertugas dan rakyat Malaysia, Kami telah dapat berlepas dari KLIA dan tiba di Cairo awal pagi Jumaat ini di dalam misi A2G4. Kami sedar tugas dan misi baru ini agak besar. Selain terus menghulurkan bantuan tambahan ke Gaza, misi kali ini adalah kesenambungan Global March to Jerusalem (GMJ) yang kita di Malaysia telah sama-sama jayakan di dalam MyGMJ di Shah Alam dan di Amman Jordan pada 30 Mac 2012. Kini halatujuan perjuangan Palestin ialah Jerusalem..! di Mana Masjidil Aqsa berdiri gagah dengan penuh maruah dan kemuliaan Islam. Teruskan membantu perjuangan murni ini. Allahu Akbar..!
Sabiq Zin merakam gambar ketika menghantar di Senai Airport bersama ibu dan adiknya: Selamat Berjuang Abah! Sampaikan salam Rakyat Malaysia kepada org2 Gaza... : ) — with Shahidan Shaarani and 8 others.
18 Mei: MISI A2G4 IKRAM-AQSA DALAM PERJALANAN KE GAZA
Misi Aqsa to Gaza 4 (A2G4) telah berlepas ke Cairo semalam dalam perjalanan ke Gaza. Misi gabungan IKRAM-AQSA SYARIF ini dianggotai oleh 2 wakil J/kuasa Perhubungan Antarabangsa IKRAM; Ust Mohamad Lokman Awang (Terengganu) dan Ust Abd Haris Bain (Kaherah) dan 2 anggota Board of Trustee Aqsa Syarif; Dr Mohd Zin Kandar dan Dr Tahir Abd Rahman.
Mereka akan mengadakan MOU dan melancarkan beberapa projek strategik Aqsa Syarif - IKRAM di Gaza.
Semalam 3 aktivis Aqsa Syarif (misi A2G5) juga telah diizinkan Allah memasuki Gaza bersama konvoi bantuan perubatan yang disertai 120 aktivis Palestin lain dari negara Arab.
Adalah menjadi tanggungjawab kami di Aqsa Syarif memastikan sumbangan rakyat M'sia sampai kepada yang memerlukan. Teruskan menyumbang ...
18 Mei: CAIRO - Bandaraya Seribu Menara
... setelah sehari menulis post di atas; saya terbaca e.mail seorang akhawat pelajar di dalam e.group IKRAM. Elok dikongsikan di sini:
18 Mei: CAIRO - Bandaraya Seribu Menara
Pilihanraya presiden akan menyaksikan pertandingan sengit di antara beberapa individu yang berlatarbelakang islami seperti Abu Futuh dan Salim Al-Awa.
Di atas perancangan Amerika (maklumat diperolehi dari orang di Mesir), mereka mengenengahkan orang-orang bekas penyokong Mubarak iaitu Amrin Muis dan Ahmad Safiq.
Keseluruhan calun presidan yang bertanding sekitar 13 orang. Kita mengharapkan suatu perubahan besar berlaku di Mesir dengan rakyat memilih pemimpin yang beriman dan berwibawa. Dr Muhammad Morsi bukan sahaja mempunyai kelayakkan yang terbaik, tetapi mereka disokong penuh oleh parlimen yang kini majoritinya adalah dari angota gerakan Ikhwan Muslimin.
Mempunyai kelebihan dari segi gunatenaga yang tersusun rapi dan komited kepada amal kemasyarakatan, Insya Allah, Mesir akan beroleh Presiden yang akan membawa Mesir sebagai negara berwibawa dan tidak mudah tunduk dan diperkotak katikkan oleh kuasa Amerika mahupun Eropah.... setelah sehari menulis post di atas; saya terbaca e.mail seorang akhawat pelajar di dalam e.group IKRAM. Elok dikongsikan di sini:
Tajuk: Hiruk Pikuk Bumi Mesir
No comments:
Post a Comment