Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, May 30, 2012

Malaysia Menyertai Misi A2G4 Mendokong Pembebasan Masjidil Aqsa


Enam puluh lima (65) aktivis dari 19 negara-negara Islam dari benua Afrika, Asia dan Timur Tengah telah berjaya menyertai konvoi kemanusiaan ke Gaza dari 17 – 25 Mei 2012 (Konvoi dilanjutkan dua hari lagi iaitu 26 dan 27 Mei kerana pintu sempadan Rafah ditutup pihak Mesir).  Penyertaan Malaysia di dalam konvoi tersebut diberi nama Misi IKRAM-AQSA2Gaza dengan singkatan A2G4 dan disertai oleh lapan aktivis Palestin di Malaysia dari Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) di antaranya ialah ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) iaitu Ust Haris Bain dan Ust Lokman Awang. Dua orang ahli pemegang amanah (BoT) Aqsa Syarif mewakili Aqsa Syarif (AQSA) iaitu Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar dan Dr Mohd Tahir Abd Rahman turut serta.

Konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza ini diberi nama “Sad-du-rihal Alal-Qud’s ‘abul Gaza” (Perjuangan Perjalanan Ke Jerusalem Melalui Gaza) dan ianya membawa fokus terhadap pemerkasaan perjuangan Global March to Jerusalem (Lihat GMJ di sini) yang telah berjaya dianjurkan di seluruh dunia (termasuk di Malaysia - Lihat di SINI) dengan koordinasi Jawatankuasa Antarabangsa GMJ yang dianggotai oleh Dr Munir Said (Cairo), Abu Habib (Jordan) dan Sheikh Hassan Othman (Sudan).
Di antara pelan tindakan praktikal misi ini ialah mewujudkan suatu sistem “Wakaf untuk Jerusalem” atau Baitul Maqdis yang akan didirikan di Gaza. Inisiatif ini telah dimula dan dijalankan di beberapa negara Islam seperti di Jordan dan Turki di mana hasil kewangan yang dijana melalui wakaf tersebut disalorkan kepada usaha membantu umat Islam di Juresalem.
Para peserta misi dari pelbagai negara di dalam konvoi ini telah sebulat suara mengembling tenaga, fikiran dan kewangan untuk menyumbang modal bagi membangunkan kompleks yang akan menjana sumber pendapatan khusus untuk disalorkan kepada usaha-usaha kemanusiaan di Jerusalem dan membangun kepentingan perjuangan pembebasan dari cengkaman dari rejim Israel di Jerusalem.
IKRAM & Aqsa Syarif yang komited mewakili rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin telah dijemput oleh urusetia projek tersebut mewakili rakyat Malaysia di dalam inisiatif tersebut yang memerlukan modal dana yang besar.
Ketibaan konvoi di Gaza diberikan penerangan mengenai projek Wakaf Untuk Jerisalem, melawat tapak cadangan projek dan menyaksikan pelancaran serta penandatangani projek yang julung kali akan dibangunkan di Gaza. Wakil setiap negara yang menyertai projek ini akan diberikan sasaran sumbangan masing-masing pertubuhan dan ia adalah juga satu simbol kerjasama dan pengemblingan usaha seluruh ummat di dunia merentasi sempadan nagara di dalam membebaskan kota suci Baitul Maqdis milik umat Islam. 
IKRAM dan Aqsa Syarif begitu terharu di atas penghormatan dan jemputan pihak sekretariat waqaf untuk menyertai projek yang unggul dan unik ini. Syeikh Abu Habib Soud Abu Mahfuz dari International Institute of Jerusalem beribu pejabat di Jordan yang juga ketua konvoi menyeru agar perwakilan dari 19 negara yang bersidang di Cairo sebelum berlepas ke Gaza apabila balik kenegara masing-masing untuk merangka program-progran bagi penjanaan dana bagi disumbangkan di dalam projek yang unggul ini. Projek ini juga sebenarnya adalah langkah utama selepas kejayaan besar GMJ.
IKRAM & Aqsa Syarif turut menyalurkan pendahuluan kepada projek ini dengan menyumbang sejumlah RM105,000.00 (USD35,000) untuk projek tersebut. Wakil setiap negara juga menghulurkan sumbangan masing-masing sebagai komitmen kepada perjuangan ummah untuk membebeaskan Al-Aqsa. IKRAM & Aqsa Syarif akan terus mengajak rakyat Malaysia menjana sumbangan untuk projek tersebut.

 Majlis penyerahan sumbangan-sumbangan permulaan / awal kepada projek wakaf untuk Al-Aqsa tersebut diadakan di pejabat Perdana Menteri Palestin di Gaza di dalam majlis bersama Yang Amat Berhormat Dr Ismael Haniyeh bersama wakil-wakil 19 negara. Wakil-wakil NGO negara yang hadir diberi penghirmatan membarikan sepatah dua kata. Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar dijemput memberikan sepatah dua kata dan beliau menyatakan sokongan rakyat Malaysia sejak sekian lama terhadap perjuangan Palestin dan kerjasama Aqsa Syarif dan rakyat Malaysia di dalam inisiatif antarabangsa seperti penyertaan dalam Mavi Marmara 2010, penyertaan di dalam Global Land Convoy 2010, penyertaan di alam Global marh to Jerusalem 30 March 2012 dan lain-lain.
Aqsa Syarif terus secara sistematik menjalankan usaha-usaha kempen kesedaran Palestin di Malaysia secara berterusan dan menghulurkan sumbangan-sumbangan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di dalam sektor makanan, kesihatan, pendidikan dan sosio-ekonomi yang sedang dijalankan melalui Aqsa Syarif dan lain-lain NGO dari Malaysia. Ustaz Hari Bain mewakili Pertubuhan Ikram Malaysia menyampaikan sumbangan pendahuluan rakyat Malaysia di dalam majlis tersebut sebelum rombongan bergerak ke tapak cadangan kompleks wakaf untuk Jerusalem.

Lawatan tapak dan pelancaran peletakkan batu asas projek yang dilakukan oleh Pengarah Projek Wakaf Al-Habib Ust. Dr Ahmad Yusof Abi Halabiah telah menerangkan kepada para peserta konvoi bahawa projek yang terletak di pingir dan dipesisir bandaraya Gaza yang strategik akan dibangunkan sebuah kompleks pelbagai guna seperti pust konvension, dewan persidangan, bilik-bilik mesyuarat, ruang pameran, perpustakaan, pejabat, ruang perniagaan dan lain-lain fasiliti yang akan menjana dana melalui sewaan kepada pelbagai organisasi yang akan menggunakan pusat tersebut.
Kompleks ini bila siap nanti adalah merupakan mercu tanda dan akan melambangkan semangat kerjasama seluruh umat Islam di dalam perjuangan pembebasan Masjidil Aqsa, Jerusalem dan seluruh tanah Palestin.

Lihat juga link berkaitan MyGMJ FB:  http://www.facebook.com/MalaysiaGMJ?ref=ts

No comments:

Post a Comment