Misi akan diketuai oleh Yang Berbahagia, Tn Hj Ustaz Wan Subki Wan Salleh (Naib Presiden Ikram) dan akan disertai lebih sepuluh peserta termasuk Pn Hjh Ustazah Maznah Daud (Ketua Wanita Ikram), beberapa pimpinan Ikram negeri serta dua Ahli Pemegang Amanah (BoT) AQSA iaitu Dr Mohd Tahir Abdul Rahman dan Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar.
Misi yang akan berlepas pada 11 Mei 2012 Insya Allah (Lihat Nota di bawah) akan membuat lawatan dan perbincangan dengan kepimpinan Palestin di Gaza dan beberapa badan kemanusiaan Gaza (NGO) sebagai penerusan kepada inisiatif antarabangsa pada 30 Mac 2012 iaitu Global March to Jerusalem (GMJ). Kejayaan koordinasi, aktiviti dan acara kemuncak Malaysia Global March to Jerusalam (MyGMJ) (lihat di SINI) yang di adakan di Stadium Melawati Shah Alam, yang merupakan rangkaian rasmi GMJ global adalah di antara maklumat yang akan dibentangkan di dalam pertemuan misi A2G4 dengan pimpinan di Gaza.

Dr Mohd Tahir yang telah diberi kepercayaan mengetuai MyGMJ Malaysia yang telah mendapat penyertaan dan penglibatan puluhan ribu rakyat Malaysia sepanjang Mac 2012 akan turut membentangkan laporan MyGMJ di pertemuan di Gaza nanti. Selain itu, beberapa rancangan susulan berkaitan GMJ pada tahun-tahun beikutnya akan menjadi agenda perbincangan do pertemuan di dalam misi ini.

Walaupun Gaza masih di kepung rejim Israel, namun seluruh semananjung Gaza sudah bebas diurus oleh pemimpin Palestin yang dipilih oleh rayak mereka sendiri secara demokratik. Kepungan dan penindasan yang masih berleluasa di wilayah diduduki Israel di Tebing Barat serta Jerusalem khususnya, kini menjadi fokus para pejuang dan aktivis di Palestin dan seluruh dunia. Malaysia tidak mahu ketinggalan, melalui Ikram dan Aqsa Syarif, kita akan bersama-sama berganding bahu bersama akvitis antarabangsa untuk membantu merialisasikan pembebasan seluruh bumi Palestin dengan pusat pentadbirannya di Baitul Maqdis.
Misi ini khusus akan mengenalpasti projek wakaf di Palestin. Sebagaimana semenjak Rasulullah SAW lagi telah berlaku aqad' bahawa bumi Palestin adalah wakaf umat Islam, kemudian di sambung oleh Saidina Omar dan dizaman khilafah Othmaniah. Kebiadapan zionis yahudi telah merompak dan merampas harta wakaf umat Islam dan dijadikan negara haram mereka. Misi A2G4 membawa simbul permulaan perancangan ummat untuk menawan kembali bumi Palestin melalui projek wakaf ummat yang akan dimetrai dan Aqsa Syarif akan membawa balik nanti projek wakaf ini ke Malaysia untuk kita umat Islam Malaysa mengembling tenaga menjayakan projek wakaf Palestin. Ini adalah projek ikonik Aqsa Syarif bersama rakyat Malaysia, Insya Allah.

Dr Mohd Tahir yang telah diberi kepercayaan mengetuai MyGMJ Malaysia yang telah mendapat penyertaan dan penglibatan puluhan ribu rakyat Malaysia sepanjang Mac 2012 akan turut membentangkan laporan MyGMJ di pertemuan di Gaza nanti. Selain itu, beberapa rancangan susulan berkaitan GMJ pada tahun-tahun beikutnya akan menjadi agenda perbincangan do pertemuan di dalam misi ini.

Walaupun Gaza masih di kepung rejim Israel, namun seluruh semananjung Gaza sudah bebas diurus oleh pemimpin Palestin yang dipilih oleh rayak mereka sendiri secara demokratik. Kepungan dan penindasan yang masih berleluasa di wilayah diduduki Israel di Tebing Barat serta Jerusalem khususnya, kini menjadi fokus para pejuang dan aktivis di Palestin dan seluruh dunia. Malaysia tidak mahu ketinggalan, melalui Ikram dan Aqsa Syarif, kita akan bersama-sama berganding bahu bersama akvitis antarabangsa untuk membantu merialisasikan pembebasan seluruh bumi Palestin dengan pusat pentadbirannya di Baitul Maqdis.

Tiga MoU projek-projek penting akan ditanda tangani Insya Allah

i. Projek Wakaf Palestin,
iii. Projek Pembebasan Tahanan Palestin di Penjara-penjara Israel.

Kejayaan beberapa projek penting dan kritikal di Gaza yang diusahakan Aqsa Syarif semenjak 2010 seperti Malaysian-Palestinian Friendship Bakery (bernilai RM650,000), Projek Ternakan Lembu, Projek Kilang Keju dan Projek Ternakan Ikan adalah diantara "success story" yang menjadi indikasi kecemerlangan NGO di Gaza di dalam menggunakan sumbangan rakyat Malaysia dan ini meyakinkan lagi Aqsa Syarif untuk melipatgandakan usaha bagi menghulurkan bantuan terhadap pembangunan semula rakyat Palestin (lihat di SINI).

Semoga inisiatif gandingan Ikram-AQSA akan berjaya dengan cemerlang dan akan terus membuka ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk terus menghulurkan sumbangan sebaiknya melalui tabung Palestin Aqsa Syarif. Tahniah Rakyat Malaysia.
Nota: 27 Jam sebelum misi A2G4 belepas, maklumat diterima dari Mesir bahawa pintu Rafah (sepadan Gaza, Palestin) ditutup kerajaan Mesir untuk jangkamasa 10 hari (10-20 Mei 2012). Perjalanan misi A2G4 ditangguhkan dan akan disusun semula perjalanan. Harap Maklum.

No comments:
Post a Comment