Penghantaran Misi-misi ke Palestin adalah menjadi sebahagian dari tanggungjawab Aqsa Syarif di dalam usaha bersama ummah seluruhnya dan aktivis-aktivis antarabangsa mendepani isu Palestin dan kebiadaban Zionis Israel. Malah tiga dari empat objektif penubuhan Aqsa Syarif (Lihat di SINI) adalah berkait dengan keperluan serta tuntutan untuk penghantaran misi-misi Aqsa Syarif ke Palestin, misi-misi Aqsa ke Gaza (Aqsa2Gaza) mahupun misi ke kem-kem pelarian Palestin di negara-negara jiran Palestin.
Keperluan mendesak di Gaza sahaja telah meminta Aqsa Syarif untuk mengikuti misi antarabngsa atau menganjurkannnya sendiri dari semasa ke semasa. Pembukaan pejabat Aqsa Syarif (AQSA) di Gaza, hubungan intim AQSA dengan badan-badan bantuan kemanusiaan di sana dan bantuan pelbagai projek-projek di Gaza meminta AQSA menyusun misi-misi dengan lebih teliti, sistematik dan berkesan.
Setelah kejayaan besar di dalam misi A2G (A2G1) bersama konvoi antarabngsa VP5 pada 2010, Aqsa Syarif mengadakan follow-up dengan penghantaran misi A2G2 (2011) dengan penghantaran RM1.5juta nilai pelbagai projek dan bantuan. Ia diikuti pula dengan misi B2G (A2G3), (Lihat di SINI).
Pada tahun ini, AQSA telah mengenalpasti dan merancang beberapa misi bantuan kemanusiaan yang memfokus kepada beberapa jenis bantuan yang sangat kritikal dan strategik. Prestasi memberangsangkan kesemua 'local partner' AQSA di Gaza dengan pencapaian sangat cemerlang di atas pelbagai projek (Lihat di SINI) melalui sumbangan dana rakyat Malaysia sangat memberangsangkan dan perlu kepada lebih banyak bantuan dihulurkan.
Oleh yang demikian itu, AQSA telah membuat keputusan menyusun semula misi-misi dengan sistematik dan pernomboran (re-numbering) terpaksa dilakukan agar rujukan dan dokumentasi akan lebih berkesan.
Misi-misi ke GAZA akan memiliki nama Aqsa ke Gaza (Aqsa2Gaza dengan singkatan A2G). Setiap misi akan membawa nama khusus misi tersebut, cotohnya A2G5 : Misi KL-Amman-Gaza Medical Lifeline. Berikut adalah beberapa misi yang telah dan sedang disusun. Usaha-usaha sedang dijalankan di pelbagai peringkat AQSA. Anda boleh menghubungi ibu pejabat, Pengurus-pengurus Negeri dan sekretariat-sekretariat daerah untuk maklumat lanjut dan penganjuran pelbagai aktiviti penerangan dan penjanaan dana Palestin:-
A2G3 : Board of Trustee ke Gaza,
A2G4 : IKRAM-AQSA2Gaza,
A2G5 : KL-Amman-Gaza Medical Lifeline (pertengahan Mei 2012),
A2G6 : Miles of Smiles (awal Jun 2012),
A2G7 : Viva -AQSA "Menyinari Gaza" (pada akhir Jun 2012) dan
A2G8 : Ramadhan in Gaza 2012 (pertengahan Ogos 2012).
Di samping misi-misi di atas, Aqsa Syarif juga telah dan akan merancang beberapa misi bantuan kemanusiaan ke kem-kem pelarian rakyat Palestin yang kini bertebaran di beberapa negara jiran Palestin. Lebih 1200 tajaan anak-anak yatim dan puluhan keluarga miskin telah mendapat tajaan dari orang ramai dan persatuan-persatuan di Malaysia dan Aqsa Syarif perlu menziarahi dan menyampaikan bantuan kepada mereka.
Aqsa Syarif berusaha sebaik mungkin membuat perancangan, namun takdir dan ketentuan Allah akan mengatasi segala-galanya, kita akan redha dan tidak berputusasa walaupun berkemungkinan ada misi yang dirancang tidak berjaya dilaksanakan disebebkan faktor-faktor tertentu khususnya suasana di Palestin dan sekitarnya yang sering mengalami ketegangan dan konflik.
Semoga usaha murni ini sebagai bukti ukhuwah yang jitu rakyat Malaysia terhadap saudara-saudara kita yang sedang berjuang dan ditindas oleh rejim zionis yang zalim. "Bertolong-tolonglah kepada kebaikkan dan takwa dan janganlah kami bertolong tolongan di dalam kejahatan" (firman Allah).
No comments:
Post a Comment