Insya Allah pada 15hb Mei ini, seramai 3 sukarelawan Aqsa Syarif akan menyertai konvoi misi perubatan dari Jordan ke Gaza. Misi akan bertolak dari KLIA menuju Cairo kemudaian akan berkumpul di Cairo bersama rombongan misi dari kota Amman, Jordan. Konvoi Amman Jordan turut disertai sukarelawan dari Beirut Lubnan dan dianggarkan disertai sekitar 130 sukarelawan.
Misi A2G5 (AQSA2GAZA5) telah diterima menyertai konvoi besar tersebut yang juga memberi fokus kepada bantuan perubatan yang sangat-sangat diperlukan di Gaza.
Ketika misi A2G2 pada Ramadhan tahun lalu, Aqsa Syarif telah menghulurkan sumbangan perubatan sejumlah USD10,000.00 (RM30,000.00) ubat-ubatan yang sangat-sangat diperlukan di Gaza (Lihat di SINI).
Misi A2G2 juga melawat dan menyampaikan sumbangan di Hospital Kanser Kanak-kanak Ranrissi (Lihat di SINI). Projek tersebut telah bermula ketika lawatan sulung dalam misi A2G (Lihat di SINI).
Ketika di dalam perjalanan balik, Misi A2G2 sekali lagi membeli ubat-ubatan dengan nilai USD40 (RM120,000) di Cairo bagi dihantar ke Gaza.

Ubat-ubatan masih menjadi di antara barangan-barangan yang sukar diperolehi di Gaza. Dengan ekonomi yang masih kritikal hasil dari blockade dan serangan rejim Israel, penduduk Gaza masih memerlukan bantuan luar khususnya dari masyarakat Islam.
Aqsa Syarif terus menghulurkan sumbangan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di Hospital Rantissi. Dengan ganguan bekalan elektrik yang sering beraku, proses perubatan sering terganggu dan boleh membahayakan pesakit khususnya bagi mereka yang memerlukan rawatan dialisis.
Di dalam misi B2G/A2G3 pada Januari 2012, Pengerusi Board of Trustee AQSA telah menghulurkan sumbangan sejumlah RM50,000.00 bagi pembelian alat Uninterrupted Powar Supply (UPS) untuk beberapa alat di hospital berkenaan.
Misi A2G5 akan diketuai oleh Aktivis AQSA dari Perlis iaitu En Mohamed Radzi Abdul wahab bersama dua aktivis lagi iaitu En Zairi Suboh dan En Abdul Wahab Yahya. Mereka semua terpilih kerana aktivisma yang dibuktikan di dalam perjuangan menjalankan kempen Palestin secara berterusan tanpa mengenal penat.
En Mohamed Radzi adalah YDP Ikram Perlis dan pada masa yang sama adalah Pengurus Aqsa Syarif Perlis. Saudara Zairi adalah AJK Aqsa Syarif Melaka manakala En Abdul Wahab adalah Pengerusi Aqsa Syarif Kedah. En Abdul Wahab pernah mengikuti konvoi A2G-VP5 dan kegigihan beliau semakin terserlah dengan aktiviti yang dijalankan diseluruh Kedah. Beliau juga telah mengeluarkan minuman mineral berjenama AQSA seagai inisiatif beliau menjana kewangan untuk membantu Palestin.
Aqsa Syarif akan terus mengamblingkan tenaga bersama-sama masyarakat untuk mempertingkatkan lagi penglibatan semua pihak bagi menyumbang di dalam perjuangan pemebbasan Palestin. Aqsa Syarif terus berusaha memaksimakan saluran bantuan dan berikut adalah di antara projek-projek yang telah berjaya dan sedang giat dilaksanakan (lihat di SINI).
Mudah-mudahan misi kali ini akan memberikan peluang kepada rakyat Malaysia menyumbang dengan sebanyak-banyaknya bagi dibawa oleh peserta misi A2G5 pada pertengahan Mei ini.
UPDATE Misi A2G5 sila lihat di SINI.

Selamat berangkat dan selamat berjuang....moga Allah bersamamu....
ReplyDeleteSelamat pergi dan kembali....
amin.
Kak yo.