Alhamdulillah, semoga tercapai hasrat Aqsa Syarif untuk melakukan satu lagi usaha Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestin yang dijangka berlepas melalui jalan darat ke Gaza.
Misi seramai 3 orang akan membawa pelbagai bantuan untuk meningkatkan keupayaan Projek-projek Aqsa Syarif yang sedang berjalan di Gaza. Misi kali ini akan menyertai rombongan dari Jordan yang akan berkumpul di Mesir sebelum berlepas ke Gaza.
Aqsa Syarif telah merancang pelbagai misi sebagai penyataan tegas akan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap perjuangan pembebasan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa dari cengkaman rejim zalim Israel. Aqsa Syarif telah meneyrtai misi flotila Mavi Marmara (jalan laut), A2G (jalan darat) dan misi yang dirancang sendiri melalui pintu Cairo dan terus ke Gaza.
Pada tahun ini, Aqsa Syarif telah menghantar misi A2G3 (misi Board of Trustee ke Gaza), menyertai misi IKRAM-AQSA2Gaza (A2G4), misi A2G5 - Misi Perubatan Amman-Gaza (pertengahan Mei 2012), Misi Miles2 Smiles (awal Jun 2012), misi VPM-AQSA2Gaza (A2G6) pada akhir Jun 2012 dan Misi Ramadhan Bersama Aqsa Syarif ke Palestin (A2G8).
Usaha-usaha penjanaan dana untuk dibawa menerusi misi ini sedang dijalankan di seluruh Malaysia. Orang ramai dipelawa bekerjasama dengan menghubungi pengurus-pengurus Aqsa Syarif Negeri dan Daerah-daerah (Lihat maklumat di SINI). Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut selain untuk merancang aktiviti ceramah, pameran dan kutipan derma bagi disalurkan kepada rakyat Palestin.
No comments:
Post a Comment