Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Sunday, April 15, 2012

Misi Kemanusiaan Jalan Darat A2G5 : Komitmen Berterusan Aqsa Syarif Mewakili Rakyat Malaysia

Aqsa Syarif Berhad yang didokong dan digerakkan oleh para aktivisnya telah sekian lama menyatakan janji setia dan komitmen tidak berbelah bagi terhadap sokongan dan usaha-usaha konstruktif membantu dan memenangkan perjuangan pembebasan Palestian dan Masjidil Aqsa melalui pelbagai usaha penerangan, koordinasi, kutipan sumbangan dan misi-misi bantuan kemanusiaan ke Palestin dan juga rakyat Palestin di kem-kem pelarian (lihat di SINI).

Aqsa Syarif juga telah berjaya dan sedang meningkatkan usaha-usaha bantuan dan pembangunan projek-projek pelbagai sektor di Palestin, khususnya di Gaza (lihat di SINI), yang begitu rancak selepas kejayaan Aqsa Syarif memsuki Gaza melalui Konvoi Global Kemanjsiaan Jalan Darat A2G (lihat di SINI).

Kini sekali lagi Aqsa Syarif bersiap sedia menghantar sukarelawan untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan peringkat Global. Pelbagai persiapan sedang dilakukan dan sebanyak mungkin dana sedang dikumpulkan. Seluruh jentera dikalangan pengurus-pengurus Aqsa Syarif negeri sedang digerakkan dengan dokongan para aktivis dan sukarelawan di setiap negeri dan daerah telah, sedang dan akan menjalankan pelbagai program, projek dan aktiviti penerangan misi A3G5 dan kitipan dana.

Orang ramai dipelawa memberikan sokongan padu dengan membantu apa jua keupayaan seperti;
- peganjuran program ceramah dan pameran,
- menghadirkan diri dalam program-program Aqsa Syarif di serata tanah air,
- menyumbang kewangan,
- menyumbang tenaga,
- menyumbang pemikiran,
- berd'oa.

Maklumat lanjut dan terperinci akan dimalumkan di dalam pelbagai media seperti blog Misi-misi A2G ini, laman web, FB, media cetak, elektronik (TV, radio) dan sebagainya.




No comments:

Post a Comment