Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Sunday, April 15, 2012

Kerancakan Kempen Msi-misi A2G Di Kelantan

Kerancakan kempen Misi-misi A2G di Kelantan disemarakkan dengan kehadiran Ustaz Hasanuddin pada 13 dan 14 April (jumaat dan sabtu). Lima slot ceramah/kuliah telah dirancang untuk Ustaz Hasanuddin. 


Memulakan siri kunjungan kali ini Ustaz telah diberi penghormatan memberi kuliah di Medan Ilmu, tempat TG Hj Nik Abd Aziz memberi kuliah mingguan di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu. Kutipan yang dilakukan oleh Briged Amal PAS agak banyak. Kami belum tahu jumlah yang sebenarnya. Dikhabarkan juga terdapat dinar emas dan beberapa keping dirham di dalam tabung derma.



Ustaz dibawa menunaikan solat jumaat di Masjid Pengkalan Kubor, bersempadan dengan Takbai Thailand. Ceramah Palestin diadakan sebaik selesai solat jumaat. Agak ramai juga yang tidak meninggalkan masjid untuk mendengar ceramah ustaz. 


Ustaz bersolat asar di Masjid Tok Guru Pulau Melaka dan mengambil kesempatan bertemu Tok Guru yang tidak berapa sihat dan baru saja keluar dari hospital Tok Guru tidak memberi kuliah pada paginya dan diganti oleh Speaker DUN Kelantan, Ust Nasharuddin.


Ustaz Hasanuddin memberi ceramah selepas solat maghrib di Masjid Tunjong. Kehadiran sekitar 3 saf lelaki dan 1 saf wanita sahaja. Ustaz juga berkesempatan memberi kuliah subuh di Masjid Kg Sireh dan pungutan derma juga dibuat.






Menutup siri ceramah ustaz ialah ceramah di Masjid Binjai KB. Di Masjid ini YB Ustaz Muhammad Mustafa memberi kuliah mingguannya. YB telah memberi laluan kpd Aqsa Syarif utk mengadakan program. Masjid penuh dengan muslimin dan muslimat yang memberi perhatian kpd ceramah ustaz. Selesai ceramah mereka berebut-rebut meminta boraang tajaan anak yatim terutama pihak muslimat sehingga kehabisan borang. Imam masjid bermurah hati akan fotostat sendiri borang dan akan edar kpd anak mukim yang berhajat.





Di antara yang menarik perhatian pendengar ialah apabila ustaz bercerita tentang sejarah pembinaan  Masjid Al Aqsa, kedudukannya selepas Masjid Al Haram dan Masjid Nabawi, tempat mi'raj, tempat Ar Rasul menjadi imam ruh para nabi dan rasul sebelum mi'raj, akan tetapi kini terjajah. Ustaz juga menayang video pengalaman diserang dan ditawan oleh komando zionis. Seterusnya ustaz menceritakan kejayaan projek-projek yang diusahakan  oleh Aqsa Syarif hasil sumbangan orang ramai. Seterusnya ustaz menyebut apa yang boleh dilakukan oleh umat islam dan mengajak orang ramai untuk turut serta dalam membantu rakyat Palestin.





Jumlah kutipan:
1. Masjid Pkln Kubor          RM 1021.70
2. Masjid Tunjong KB         RM 485.90
3. Masjid Kg Sireh KB       RM 618.00
4. Masjid Binjai KB            RM 3104.00 dan Oman Riyal 100


Jumlah setakat ini:             RM 5229.60 dan Oman 100





Sedikit laporan ceramah Ustaz Hasanuddin di Dataran Ilmu Kota Bharu. Turut hadir bersama ribuan rakyat Kelantan ialah Ustaz Abdullah Tahmin YDP Ikram Kelantan, Hj Md Daud Deraman Pengurus Aqsa Syarif Kelantan dan Dato Nasharuddin Md Daud Speaker DUN Kelantan. Jumlah kutipan sebanyak RM 16,327.00. Yang Amat Berhormat Tok Guru Dato Hj Nik Abd Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan turut memberi sumbangan peribadi RM 5000.00. Jumlah kutipan RM 21,327.00. Kesemuanya telah diserah kepada Aqsa Syarif oleh Akh Rusdi Abdullah, SU Sulit MB di Pejabat Menteri Besar. Bendahari Aqsa Syarif Ustaz Nuri telah bank in kesemua kutipan tersebut kedalam akaun Aqsa Syarif Pusat, resit akan diserah oleh ustaz Nuri apabila beliau berkunjung ke HQ Aqsa Syarif hujung minggu ini Insya Allah.

Wassalam


Dr Othman Md Zain
SU Aqsa Syarif Kelantan

No comments:

Post a Comment