Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Monday, April 23, 2012

Palestin: Pejuang Ummah Di Barisan Hadapan

Walaupun mereka disakiti, dijajah, dipenjarakan, disiksa, dibunuh, dinafikan hak sebagai manusia, dinafikan makanan, pendidikan, perubatan, tempat tinggal .... dan semua keperluan asas, namun mereka terus bertahan dan melawan. Terus memelihara hak di tanah tempat mereka dilahirkan, terus memelihara bumi ambiya', bumi umat Islam. Mereka terus teguh berjuang memelihara bumi Masjidil Aqsa. Tanpa mereka hirau akan diri mereka sendiri, akan nyawa mereka, akan keluarga mereka ... mereka terus maju kehadapan, terus berjuang, terus melawan musuh ummah sejagat, musuh kemanusiaan...!

Kerana mereka tahu bahawa mereka (rakyat Palestin) adalah pejuang, mereka sedar bahawa mereka dipilih Allah untuk menjadi tentera-tentera Allah di barisan hadapan, mereka tahu bahawa kemenangan akan memihak kepada kebenaran.

Mereka mengutamakan keimanan berbandaing kesenangan sementara di dunia. Mereka mendahulukan jihad dari rehat. Mereka tahu bahawa syurga Allah yang penuh kenikmatan menunggu mereka seandainya mereka syahid. Mereka berjuang "untuk meraih kemenangan atau mati syahid".
Mereka juga sedar bahawa perjuangan ini sudah mengorbankan ribuan syuhada', para ulama', para pemimpin, para pejuang, para pemuda, wanita-wanita mahupun kanak-kanak ..!, namun itu adalah harga yang perlu dibayar untuk pembebasan Al-Aqsa. Mereka akan terus mara kehadapan dimedan juang ... di segenap kesempatan ... disegenap peluang...!

Mereka faham benar akan sabda Rasulullah S.A.W daripada Muawiyah bin Abi Sufyan r.a:
“ Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama2 kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya.Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah.” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya” (Bukhari)

Mereka faham benar kata-kata Ulama' mereka As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin: "Kami telah memilih jalan ini (jalan jihad) dan ianya akan berakhir dengan syahid atau kemenangan’. Itulah pilihan yang ada bagi mereka yang menyahut seruan jihad untuk membebaskan al-Aqsa."


Mereka tahu, mereka faham, mereka sedar ... bahawa inilah pejuang kebenaran. Mereka yakin bahawa rejim zionis adalah sekeji-keji kefahaman, sekeji-keji rejim, sezalim-zalim rejim. Mereka lemah..! mereka pengecut..! mereka terdesak..!

Ulama' pejuang Syeikh Ahmad Yassin juga telah mengesahkan akan hakikat perjuangan rakyat Palestin di dalam berdepan dengan tenter-tentera zionis pengecut... 


"kebaculan tidak ada sama sekali dalam kamus perjuangan rakyat Palestin. ‘Kamu akan dapati kami akan mati menghadapi kamu dan bukan membelakangkan kamu.’ Lantaran itu kita tidak akan dapati pejuang Palestin melarikan diri dari medan perjuangan. Mereka akan hadapi musuh dengan penuh rasa ‘izzah dan kemuliaan Islam. Sebaliknya anjing-anjing Zionislah yang ketakutan berselindung disebalik peralatan perang yang canggih. Mereka menyangka senjata-senjata itu boleh melindungi mereka. Bahkan mereka diberitakan berak-kencing dalam kereta kebal mereka lantaran takut berhadapan dengan pejuang-pejuang Palestin yang terdedah di luar sana tanpa sebarang perlindungan."

Zionis mesti dilawan...!

Zionis mesti ditumbangkan ...!
Zionis mesti dikalahkan ...!
Zionis mesti diheret kemuka pengadilan ...! Di Mahkamah yang Adil...!
Zionis mesti dihancurkan ...! mesti dihapuskan....!

Kini di segenap inci bumi ambiya', bumi Palestin di nodai zionis. Mereka terus melakukan kesosakan, penindasan dan kezaliman di luar pri-kemanusiaan. Mereka menahan sesuka hati rakyat. Memisahkan bapa dari isteri dan anak-anak dengan memenjara puluhan ribu pejuang Palestin di penjara-penjara yang tidak langsung sesuai. Mereka menafikan untuk keluarga menziarahi para tahanan yang tidak bersalah..! Sehingga para pejuang kini sedang mengadakan protes 'mogok lapar'  agar suara penderitaan mereka di dengar oleh dunia dan umat Islam..!



ADAKAH KITA HARUS BERDIAM DIRI ..?!

Lihat bukti perjuang-pejuang Allah ini ..... baik yang dewasa mahupun pemuda. Baik remaja mahupun kanak-kanak. Yang laki-laki wahupun yang wanita ... rakyat Palestin adalah mujahid-mujahid di barisan hadapan perjuangan...!

Lihat di SINI: Video Klip Pejuang "Palestine - Like Never Before".
Lihat di SINI: Video Klip "I Resist".
Lihat di SINI: Video Klip: "Palestine: Today I Stand UP".
Lihat di SINI: Video "Third Intifada', May 15, 2011."
Lihat di SINI: Video Keberanian wanita-wanita Palestin mendepani tentera2 Israel.


Bagi mereka yang beroleh hidayah dan kesedaran, mereka tidak berdiam diri. Di luar negara, mereka mula mengumpul tenaga, merancang untuk membantu perjuangan para mujahid di Palestin.

The Freedom People;
Lihat di SINI: Rakaman Worlds VS Israel.
Lihat di SINI: Turkish Army Will Destroy Israel (?)
Lihat di SINI: Documentary Turkey vs Israel.



Lihat di SINI: Liputan Turkey&Egypt VS Isralel.

No comments:

Post a Comment