Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Sunday, April 22, 2012

AQSA Hulu Selangor Anjur Pertandingan Golf Amal Palestine (PGAP 2012)





Sabtu, 21 April 2012 - Alhamdulillah, Aqsa Syarif Daerah Hulu Selangor telah menganjurkan Pertandingan Golf Amal Palestine (PGAP 2012) di Perangsang Templer Golf Club, Rawang. Seramai 60 orang pemain golf (15 flight) terlibat bagi menjayakan program amal ini. Pertandingan ini turut mendapat sokongan daripada peserta dari berbilang kaum. Kuitpan kasar yang berjaya dikumpulkan untuk Palestine berjumlah RM10, 000 (tidak termasuk kutipan tabung). Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Aqsa Syarif, Dr Hafidzi Mohd Noor.Meskipun hujan di pertengahan pertandingan, peserta tidak berganjak meneruskan pertandingan golf amal Palestine ini. From The River TO The Sea, Palestine Will Be Free!!!.


Pada keesokan harinya (Ahad) Aqsa Syarif Daerah Hulu Selangor juga telah menganjurkan Charity Sales untuk Palestin. Program selari anjuran bersama IKRAM Hulu
Selangor, Aqsa Syarif Hulu Selangor dan BAIP (Badan Agama Islam Perodua) :

1) Mahligai Kasih bersama Pak Utih.

2) Charity Sale for Palestine.

Hasil jualan secara kasar ialah RM968.10

Kutipan sumbangan akan dimaklumkan kepada Aqsa Syarif HQ.

Tajaan Anak Yatim Palestin dan Keluarga Miskin Palestin (AYP/KMP) terus dipromosikan - 3 individu berminat (seorang dah isi borang).

Tahniah kepada Pengurus Aqsa Syarif Hulu Selangor di atas usaha berterusan dan pelbagai kreativiti kempen kesedaran Palestin dan penjanaan dana bantuan untuk pembangunan semula Palestin.








No comments:

Post a Comment