Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, May 16, 2012

Catatan Perjalanan A2G5 (15 Mei - 23 Mei 2012)


Cairo - Day 1


Alhamdulillah, setelah kami bertiga berangkat pada jam 10 malam 15 mei, akhirnya kami menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo pada jam 540am 16 mei..

Kami disambut oleh Ust Haris Bain dengan penuh senyuman dan semangat beliau dan dijamah dgn sarapan Arab pertama kami dan jus buah Mangga yang begitu sedap dan pekat..

Kami kemudiannya terus ke hotel penginapan dan berjumpa serta berbincang dengan ketua misi kali ini, Bro Isam Yusuf. Alhamdulillah, kami menerima berita baik yang pintu Rafah telah dibuka dan boleh kami masuki mengikut perancangan yg telah diatur iaitu pada 17 Mei. dgn berita tersebut dan ditambah dengan maklumat bahawa akan ada lebih 130 org dari Jordan dan Lebanon akan bersama sama kami esok, ia seterusnya melonjakkan semangat dan motivasi kami utk masuk ke Gaza. 

Kami mengambil kesempatan utk berkunjung ke Giza yang hanya 2 kilometer atau 10 minit dari hotel penginapan kami pada petangnya. Alhamdulillah, kami dapat melihat sendiri bagaimana kehebatan org zaman dahulu yang membina Giza yang hebat, besar dan tinggi tersebut. 

Kesempatan yang ada juga, kami sempat berjalan jalan sekitar hotel utk melihat kehidupan masyarakat Mesir di sini. Pengalaman yang begitu beharga bila kita dapat melihat sendiri bagaimana kehidupan masyakat miskin dan para perniaga serta suasana di station minyak yang bisa menimbulkan ketegangan disebabkan kesesakan dan kekurangan minyak dibumi yang hasil buminya minyak..

Insyaallah esok, lepas subuh (jam 4 pagi) kami akan berkumpul dan mula berangkat ke sempadan Rafah. Doakan kesihatan serta keselamatan kami disini serta keluarga yang kami tinggalkan ditanah air agar di pelihara oleh Allah. 

Zairi Suboh
A2G5

16 Mei 2012
*****************************************************

17 Mei 2012; Konvoi menuju sempadan rafah dan memasuki Gaza.

Insya Allah A2G4 (Ust Loqman, Ust Haris, Mohd Zin & Dr tahir) kini di Cairo, akan mengikuti langkah mereka ke Gaza pada hari Ahad Insya ALlah). Kami ada mesyuarat persiapan konvoi di Cairo petang ini.




Alhamdulillah 3 orang aktivis Aqsa Syarif (A2G5) akh Mohd Radzi Abd Wahab (ketua), akh Abd Yahya dan akh Zairi Subuh yang menyertai misi 'Miles of Smile' dari Jordan ke Gaza dilaporkan dalam liputan Gaza TV spt berikut:

http://gazatvnews.com/2012/05/humanitarian-development-convoys-arrived-in-gaza/

***************************************

18 Mei 2012: Peserta Misi Miles to Smiles memulakan lawatan di Gaza.


Alhamdulillah, kami mula ronda bandar gaza seawal lepas subuh utk melihat kehidupan harian mereka. Tempat pertama adalah pasar ikan. Tunggu laporan bergambar dari kami nanti ye.




Kami berada di dataran yg mana 30 org polis palestin syahid pada 2008 dulu. Dan ditayang video waktu kejadian tersebut. Masyaallah, aura syahid masih terasa waktu ni.




Lawatan kami semalam mendapat liputan di al jazeerah. Sekarang dalam masjid utk solat jumaat. Ada lebih 15 media sedia dgn kamera tv mereka. Tengah tunggu imam Dr Ismail Haniyeh datang.


Kami berada di rumah yg ada 3 org syahid. Mereka adalah tentera al qasam. Sedang temuramah ayah mereka dan berpeluang mencium anaknya yg masih kecil. Subhanallah, hebat keluarga ini. Ya allah, kurniakan kami kekuatan dan iman seperti keluarga ini.


No comments:

Post a Comment