Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, May 30, 2012

Perjalanan Cairo-Gaza Misi "Saddurihal ilal-Aqsa" Penuh Pengisian & Pengalaman


Misi "Saddurihal ilal-Aqsa" Mengambil Masa 12 jam melepasi sepadan Rafah
Misi IKRAM-AQSA2Gaza, ringkasnya A2G4 yang bergabung dengan konvoi "Saddurihal ilal-Aqsa" (Perjuangan menuju Al-Aqsa) mengambil masa hampir 12 jam dari badaraya Cairo untuk melepasi pintu Rafah (sejauh lebih kurang 400km) di selatan Gaza dan untuk tiba di Bandaraya Gaza yang terletak 38km dari sempadan Rafah. Konvoi berlepas dari tempat penginapan di Cairo pada jam 5.00 pagi dengan dua buah bas. Membawa 65 aktivis dari 19 negara-negara Islam dari benua Afrika, Asia dan Timur Tengah yang disertai Misi IKRAM-AQSA2Gaza, iaitu disertai oleh lapan aktivis Malaysia di antaranya ialah Ustaz Haris Bain dan usataz Lokman (kedua-duanya ahli Dewan Perwakilan Nasional Ikram) dan dua ahli pemegang amanah Aqsa Syarif iaitu iaitu Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar dan Dr Mohd Tahir Abd Rahman.
Bermula dengan sinaran matahari di sebelah timur laut bandaraya Cairo yang berbalam-balam, kenderaan kami mengambil masa hampir satu jam untuk keluar dari bandaraya Cairo yang penduduknya mula bangun awal pagi untuk memulakan pekerjaan.  Sebaik berlepas, Sheikh Dr Kathim Ayesh dari pertubuhan Ikhwan Muslimin Jordan memimpin bacaan do’a menaiki kenderaan dan do’a musafir (Link di SINI). Kemudian Sheikh menruskan dengan bacaan Al-Qur’an dari surah Al-Isra' (Link di SINI) dengan menggunakan pembesar suara di dalam bas sehingga kenderaan keluar dari Kota Cairo.
Sepanjang perjalanan yang merentasi 13 ‘checkpoint’ atau sekatan tentera Mesir, perjalanan diisi dengan beberapa pengisian tafsir Al-Qur’an oleh sheikh Abu Habib Soud Abu Mahfuz (dari Ikhwan Jordan) serta tazkirah mengenai Ismailia (sebagai tempat Sheikh As-Syahid Al-Banna memulakan dakwah Ikhwan) dan tazkirah perjuangan pembebasan masjidil Aqsa dan Palestin.
Perjalanan awal pagi yang kami lalui tidak menghadapi masalah besar dan sempat singgah diperhentian selepas setengah perjalanan untuk makan tengah hari. Suasana ukhuwwah benar-benar dirasai dengan khidmat sahabat-sahabat konvoi menghidangkan makanan dan minuman. Perjalanan Cairo ke Pintu Rafah melintasi jambatan panjang Terusan Suez yang menjadi laluan kapal dari laut merah ke laut Mediterranean.


Misi "Saddurihal ilal-Aqsa" mendekati sepadan Rafah
Jam 12.43 tengah hari kami melepasi checkpoint ke 12 dan beberapa minit kemudiannya sampai ke pintu gerbang sempadan di mana passport kami diperiksa oleh imegresen Mesir. Kami terus kekompleks imegresen yang terletak beberapa meter dan turun dari kenderaan serta membawa barang masing-masingsambil menunggu passport kami dicop. Satu penantian yang panjang. Sempat bersolat berjamaah dan mendengar tazkirah dari Sheikh Hassan Othman Rizk (Menteri Belia dan sukan Sudan). 
Jam 3.20 ptg baru kami menerima passport kembali dan peserta konvoi dibenar keluar dari kompleks imegresen dan kemudian menaiki bas khas dari kedua-dua gerbang (mesir dan Palestin) sejauh 200 meter.
Sebaik melintasi gerbang Palestin dan menuruni kenderaan, para pemimpin kerajaan Palestin (Hamas) dan pemimpin-pemimpin NGO sudah sedia menunggu dan kami bersalaman dan berpelukkan tanda gembira dan tanda persaudaraan diikat suci. Di antara yang hadir ialah Abu Usamah pemimpin kanan Hamas yang telah kehilangan beberapa orang anaknya syahid diserang rejim zionis dirumahnya. Sambutan ringkas dengan beberapa media turut membuat liputan.
Dengan 3 buah bas khas yang sedia menuggu, kami dibawa menuju ke bandaraya Gaza yang terletak 40 km keutara sempadan Rafah pada jam 5.20 petang. Merentasi jalan utama semenanjung gaza (jalan salehuddin al-ayubi) adalah jalan yang menghubungkan cairo di mesir dengan Syria.


Gaza Mula Menampakkan warna-warni Ceria
Gaza sudah mula melangkah gagah. Bangunan-banguna dan infrastruktur untuk keperluan awam mulai dibina semula, Alhamdulillah. Di kiri kanan jalan ke Gaza City kelihatan kedi-kedai mulai memasang papan tanda baru, yang menandakan perniagaan peruncitan mula bernafas kembali. Hasil-hasil tani seperti limau, tembikai dan kentang dijual sepanjang jalan, menandakan hasil pertanian sudah berbuah dan dipetik. Ketika konvoi A2G (2010) dan A2G2 (2011), hal sedemikian memang tidak kelihatan.
Dengan perkembangan tersebut semoga Gaza akan dapat menumpukan pula kepada pembinaan kekuatan di dalam perjuangan untuk melawan musuh sebenar ummat, iaitu Zionis Israel.
Jam 7.10 malam kami tiba dan check-in di hotel Palestin yang terletak di pesisir pantai laut Mediterranean. Malam pertama kami di Gaza, kami berihat selepas perjalanan lebih 12 jam, mengumpul tenaga bagi tugasan keesokan hari.

No comments:

Post a Comment