MISI AKADEMIA & DIALOG PENGAJIAN TINGGI KE GAZA
(A2G17-MyAM : AQSA2GAZA Malaysia Academic Mission)
21 -28 June 2013
Kepedulian rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestine terutamanya di Gaza semakin terserlah dan sedang melangkah ke sektor pendidikan pengajian tinggi yang lebih strategik. Kesungguhan Malaysia di dalam membantu Gaza turut dibuktikan dengan lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib bin Abdul Razak ke Gaza baru-baru ini.


Bersama dalam rombongan ini ialah Tan Sri Dato’ Profesor Dzulkifli bin Abdul Razak, Naib Canselor, Al-Bukhary International University dan Prof Madya Dr Abdul Razak Ahmad, Penasihat di Kementerian Pelajaran Malaysia Bhg Pengajian Tinggi.
Misi Akademik ke Gaza ini mensasarkan empat objektif seperti berikut:-
- Menyediakan landasan ‘engagement’ bagi ahli-ahli akademik Malaysia dan Palestin untuk menyuara dan menyebarkan pandangan tentang isu-isu pembangunan akademik serta berkongsi pengalaman pengurusan pengajian tinggi di Malaysia.
- Mengenalpasti ruang dan peluang kerjasama akademik antara Malaysia dan Palestin dan seterusnya membuka dan membina jaringan akademia serta mencetuskan program kerjasama yang lebih tersusun, formal dan efektif antara institusi –institusi pengajian tinggi Malaysia dan Palestin.
- Mengadakan dan memperkuatkan jaringan sosial dengan komuniti Palestin, serta menempat dan memperkukuhkan pengaruh Malaysia di persada dunia.
- Menyampaikan tambahan bantuan kemanusiaan Aqsa Syarif khususnya untuk sektor Pendidikan di Gaza.



Aqsa Syarif yang mempunyai pengalaman di dalam misi-misi kemanusiaan ke Gaza dan sudah menjalin hubungan erat dengan IPT-IPT serta NGO-NGO di Gaza berperanan sebagai sekrateriat bersama di dalam rombongan ini yang diwakili oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar iaitu Ahli Pemegang Amanah Aqsa Syarif dan juga Pensyarah dalam bidang Seni Bina, di fakulti Alam Bina UTM Skudai Johor.




- Dr. Mohd Afandi Salleh, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)- Ketua Projek
- Tan Sri Prof. Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor, Albukhary International University
- Prof. Madya Dr. Abdul Razak Ahmad, Penasihat KPT dan Pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia.
- Prof. Madya Dr Mohd Zin Kandar, Ahli Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad dan Pensyarah UTM Skudai Johor.
- Prof Madya Dr Badlishah Sham bin Baharin (UPM) dan PERINTIS.
- Prof Madya Dr Norita bt. Md Norwawi (USIM) dan PERINTIS.
- Dr. Zainal Amin Ayub, Ketua Kluster MyFellow, JPT dan Pensyarah UUM
- Dr. Mohd Fauzi bin Abu Husin, Pensyarah UTM
- Sdr. Bahrul Mazi Edrak, Ketua Kluster MyCommunity, KPT dan Pensyarah UCTI
- Sdr. Abdul Majid Hafiz bin Mohamed, Pensyarah UniSZA
- Sdr. Hamilludin bin Md Darus. (PERINTIS).

Berikut adalah capaian berita-berita dan laporan-laporan sepanjang misi berjalan;
21. A2G17-MyAM Lawat Kilang Roti Malaysia Pertama dan Bersarapan Roti Panas.
22. A2G17-MyAM Lawat Ministry of Youth Gaza, Palestin.
23. A2G17-MyAM Lawat Rumah Keluarga Miskin Yang Dipertimbangkan untuk mendapat bantuan baikpulih rumah.
24. A2G17-MyAM Lawat Gaza University.
25. A2G17-MyAM Lawat Hospital AL-Shawwa di sempadan utara Gaza.
26. A2G17-MyAM Lawat Projek Pembagunan Sekolah Aghsan Wa Afnan Beithlahya.
27. A2G17-MyAM Lawat Progress Pembangunan Kompleks Darul Qur'an Wa Sunnah di Sheikh Radwan, Utara Gaza City.
28. A2G17-MyAM, Anak-anak Bumi Syuhada' Gaza dan 'Roti Malaysia'.
29. A2G17-MyAM Lawat Sekolah Dar-Al-Arqam Gaza.
30. A2G17-MyAM: PERINTIS Mula buka Lembaran Kerjasama Saintis Malaysia-Gaza.

23. A2G17-MyAM Lawat Rumah Keluarga Miskin Yang Dipertimbangkan untuk mendapat bantuan baikpulih rumah.
24. A2G17-MyAM Lawat Gaza University.
25. A2G17-MyAM Lawat Hospital AL-Shawwa di sempadan utara Gaza.
26. A2G17-MyAM Lawat Projek Pembagunan Sekolah Aghsan Wa Afnan Beithlahya.
27. A2G17-MyAM Lawat Progress Pembangunan Kompleks Darul Qur'an Wa Sunnah di Sheikh Radwan, Utara Gaza City.
28. A2G17-MyAM, Anak-anak Bumi Syuhada' Gaza dan 'Roti Malaysia'.
29. A2G17-MyAM Lawat Sekolah Dar-Al-Arqam Gaza.
30. A2G17-MyAM: PERINTIS Mula buka Lembaran Kerjasama Saintis Malaysia-Gaza.
No comments:
Post a Comment