Misi A2G7 tiba di Rafah dengan sambutan meriah
10 Jun 2012, misi A2G7 yang diketuai ahli BoT Aqsa Syarif, Ir Dr selamat Aliman sudah masuk hari ke dua di Gaza. Beberapa program beserta konvoi induk Miles of Smiles di bebeapa kementerian dan agensi kerajaan telah dan sedang berjalan.


Ketika para sukarelawan tiba di Rafah (selatan semenanjung Gaza) selepas melintasi pintu sempadan Mesir, para sukarelawan disambut meriah oleh para pemimpin hamas, ahli-ahli Parlimen dan pemimpin-pemimpin NGO. Di antara yang turut menyambut ialah pemimpin kanan kerajaan Hamas iaitu Sheikh Khalil al-Hayya, Speaker Dewan Parlimen Gaza dan lain-lain.

Dr Selamat dan sukarelawan Aqsa Syarif begitu bertuah dan bersyukur di atas sambutan luar biasa oleh pihak kerajaan dan Ngo-ngo di Gaza. Semoga berita-berita yang akan di bawa balik ke Malaysia nanti akan memberikan gambaran sebenar keadaan di Gaza dan rakyat Malaysia terus mempertingkatkan sokongan dan sumbangan sehingga Palestin dan Masjidil Aqsa dapat dibebaskan.
Capaian berita ;
1. http://www.qassam.ps/news-5814-Miles_of_Smiles_13_convoy_arrives_in_Gaza.html
2. http://www.australiansforpalestine.net/64564
3. http://www.islamicgeo.com/2012/06/rombongan-13-miles-of-smiles-tiba-di.html
Capaian berita ;
1. http://www.qassam.ps/news-5814-Miles_of_Smiles_13_convoy_arrives_in_Gaza.html
2. http://www.australiansforpalestine.net/64564
3. http://www.islamicgeo.com/2012/06/rombongan-13-miles-of-smiles-tiba-di.html
********************************
Misi A2G7 bergabung dengan MoS di Cairo dan akan bertolak hari ini ke Rafah


Alahamdillah sebentar lagi (sekitar 6.30 pagi), rombongan seramai 100 orang peserta melibatkan 3 buah bas akan mula bergerak dari hotel penginapan sementara kami di Cairo ke Rafah/Gaza. Misi ini sebenarnya adalah satu misi yang melibatkan bilangan peserta dan NGO antarabangsa yang agak besar. Peserta antaranya dari Malaysia, New Zealand, UK, Negara-negara Arab, Africa dan Eropah iaitu dari pelbagai bangsa dan ugama.


MoS telah mengantur program di Gaza antara lain program resmi dengan Perdana Menteri dan Kerajaan. AQSA dan VPM sedang berunding dengan MoS untuk melaksanakan beberapa side program sendiri semasa dalam misi ini.
Maklumat berkaitan lihad DI SINI.
KENYATAAN MEDIA AQSA SYARIF
8 JUN 2012
Aqsa Syarif menghantar 4 orang aktivisnya ke Gaza bersama-sama dengan beberapa aktivis dari Viva Palestina Malaysia, pada malam ini, 8 Jun 2012 pada jam 8.35 malam di KLIA.
Misi ini dirangka untuk menghantar 3000 lampu solar kepada rakyat Palestin di Gaza, yang mana sebelum ini telah dilancarkan tabung kutipan khas untuk mengumpul dana melalui projek One Family One Lamp, iaitu Satu Keluarga, Satu Lampu. Inisiatif ini dibuat bagi meringankan bebanan rakyat Palestin yang tidak mendapat bekalan elektrik yang cukup, khususnya pada malam hari.
Para aktivis dari Malaysia (Aqsa Syarif dan Viva Palestina Malaysia) ini akan bergabung dengan kumpulan dari pertubuhan dari New Zealand, Kia Ora semasa di Kaherah yang mana sedang melaksanakan misi Miles of Smiles 13. Mereka dijadualkan masuk ke Gaza pada 10 Jun 2012 ini.
Manakala 4 orang aktivis dari Aqsa Syarif yang menyertai misi ini ialah :
1- Dr Ir Selamat bin Aliman, ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad, merangkap ketua delegasi Aqsa Syarif.
2- Dr Othman bin Md Zain, seorang doktor pakar perubatan di Kelantan
3- Encik Hasri bin Wazir, Pengurus Aqsa Syarif Negeri Sembilan
4- Puan Faezah binti Hassan, aktivis Aqsa Syarif Perak, juga isteri kepada Dr Ir Selamat bin Aliman
Dengan izin Allah dan bantuanNya, Aqsa Syarif telah berjaya mendapatkan sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk 1000 daripada 3000 lampu solar tersebut, yang mana setiap satu lampu bernilai RM 60.
Aqsa Syarif mengucapkan syabas dan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang bagi projek inovatif ini, juga kepada semua pihak media yang telah membantu dalam me
Untuk sebarang sumbangan umum bagi rakyat Palestin, para dermawan boleh menyalurkannya ke akaun Aqsa Syarif Berhad di Maybank Islamic, no. 551575-004299
MEMPERKASA UMMAH, MEMBEBASKAN AL-AQSA
AQSA SYARIF BERHAD
MALAYSIA
- Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa -
No comments:
Post a Comment