Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Monday, June 11, 2012

Misi A2G4 Update Projek & Merancang Pelbagai Projek di Beithlahya


Misi A2G4 yang menyertai Konvoi "Syaddhurihal ilal-Quds" yang diketuai Ustaz Haris Bain dari Pertubuhan Ikram Malaysia berkesempatan mengadakan lawatan dan kunjungan hormat di daerah Beithlahya, Utara Gaza.
Pertemuan di adakan di pejabat Islamic Society of Beithlahya (ISB). Kedatangan misi A2G4 disambut oleh Sheikh Musher Al-Mashiri, seorang ahli Parlimen (MP) dari Daerah Beitlahya yang juga memegang portfolio hal ehwal anatrabangsa kerajaan Hamas. Turut hadir ialah Dato' Bandar Beithlahya, Pengerusi ISB dan beberapa pemimpin masyarakat setempat. 
Aqsa Syarif telah sekian lama menjalin hubungan dengan ISB dan telah menyalurkan sejumlah lebih RM600,000 untuk pelbagai projek pendidikan, kesihatan dan makanan.

Sekolah Aghsan & Afnan telah dibantu semenjak 2010 lagi dengan pengemblinagn dan bantuan Pertubuhan Mawaddah Malaysia yang disalurkan melalui Aqsa Syarif. Klik juga di SINI untuk maklumat lanjut. Sekolah ini telah turut dilawati sebeluam suakrelawan misi A2G4 tiba ke pejabat ISB. 

Projek bantuan untuk klinik di Beithlahya yang sebelum ini dibantu oleh aktivis Ikram sewal tahun 2005 (sebelum Ikram dilancarkan) turut menerima sumbangan tambahan apabila sukarelawan misi A2G (2010) membuat kunjungan dan menyerah sejumlah EURO62,000 kepada ISB (Lihat di SINI). 

Projek bantuan ternakan lembu tenusu ke dua Aqsa Syarif di Gaza ialah di Beitlahya setelah berjaya dilaksanakan di Jabalia. Ketika misi B2G (A2G3) yang diketuai oleh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, sejumlah RM50,000 (USD15,800) sumbangan untuk pembelian lembu-lembu tenusu telah diserahkan pada Januari 2012. Ketika lawatan A2G4 kali ini, lembu-lembu tersebut telah mula menghasilkan susu dan para peserta misi berkesempatan meninjau lembu-lembu tersebut dan turut memantu memproses pembuatan keju berhampiran tempat pemerahan susu. 
Tidak sebagaimana di Jabalia, di Beithlahya pemerosesan keju masih dibuat secara kecil-kecilan dan Insya Allah Aqsa Syarif berhasrat untuk membantu meningkatkan pengeluaran produk berasaskan tenusu yang merupakan salah satu makanan utama masyarakat di Gaza.

Sebelum tiba ke Pejabat ISB, para sukarelawan A2G4 turut berkesempatan melawat klinik yang disumbangkan Aqsa Syarif. Para peserta sempat berramah mesra dengan seorang anak kecil yang sedang menunggu untuk mendapat rawatan sakit gigi. Seorang peserta misi, Saudara Abdul Rahman (pelajar tahun akhir Perubatan di Cairo) turut berkesempatan berbincang dengan doktor yang bertugas di klinik dengan disaksikan peserta-peserta misi yang lain. 

Ketika perbincangan di pejabat ISB, Sheikh Musher Al-Mashiri di dalam muqadimmahnya menceritakan dan mengimbau kembali bagaimana beliau pasa 2010 melihat di Al-Jazeera ketua misi A2G-VP5 di sidang media di Istanbul (lihat di SINI juga di SINI), lantas beliau menghubungi ibu Pejabat Ikram Malaysia untuk mendapatkan telefon nombor ketua misi A2G dan lantas menghubungi Dr Zin menyatakan bahawa kami di Gaza menunggu dengan sabar akan ketibaan misi A2G-VP5 yang kemudiannya terkandas 18 hari di Syria sebelum akhirnya dapat juga tiba di Gaza pada 21 Oktober 2010 (lihat di SINI - Sheikh Musher menyambut di lobi penginapan ketika misi tiba di Gaza).
Dalam suasana penuh mesra, pelbagai projek dibincangkan dan salah satu yang menjadi tumpuan ialah cadangan pembinaan Pusat Aktiviti Wanita dan Pusat Qur'an yang terletak di sebuah tanah lapang di Beitlahya. Projek ini sangat diperlukan dan Aqsa Syarif akan berusaha membantu melalui agensi wanitanya Rose2Rose yang kini sedang menyiapkan kompleks Darul Qur'an Wa Sunnah di Rafah (Selatan Gaza). Dipenghujung perjumpaan, Aqsa Syarif menghulurkan sumbangan untuk klinik di Beithlahya yang disampaikan oleh Ust Lokman (ahli Dewan Perwakilan Nasional Ikram)

Beithlahya yang terletak di Utara Gaza sememang satu akwasan yang paling teruk menerima serangan Israel pada 2008-2009. Pelbagai keperluan asas penduduk seperti pertanian dan infstruktur banyak yang musnah dan perlu dibangunkan semula. Insya Allah Aqsa Syarif akan memberi penumpuan dan membantu pembangunan semula di kawasan Beitlahya.

No comments:

Post a Comment