Ternakan lembu yang dimulakan seawal 2010 oleh Islamic Society of Jabalia di Utara Gaza hasil sumbangan rakyat Malaysia yang disalorkan melalui Aqsa Syarif kini semakin membiak dan menakjubkan.
Setiap kali misi Aqsa2Gaza menziarahi ladang ternakan lembu tersebut, ada sahaja kejutan dan pencapaian yang memberangsangkan dipersembahkan kepada kami.
Dalam lawatan A2G4 & A2G5 baru-baru ini, bilangan lembu tenusu di ladang ternakan sudah mencecah 70 ekor (Ibu lembu-lembu baka sumbangan rakyat Malaysia sudah melahirkan 9 ekor anak) dan hasil susu yang begitu banyak dihasilkan oleh setiap ekor lembu sehingga mencecah 30 liter susu untuk seekor lembu dan diperah secara otometik 2 kali sehari. Akur benar kami yang menyaksikan hasil usaha para badan kemanusiaan seperti ISJ ini bahawa benarlah bahawa bumi ambiya' ini yang penuh dengan keberkatan.

Dengan demikian, kos makanan lembu ternakan sentiasa diperolehi secukupnya dan menjimatkan.
Kini hasil tenusu dalam pelbagai jenis produk telah diperuntukan untuk disumbangkan secara percuma oleh ISJ kepada 200 keluarga fakir miskin setiap bulan.
Fakta: Sehingga September 2012, Aqsa Syarif telah menyalurkan sejumlah RM259,000.00 untuk projek tenakan lembu tenusu ini sama ada bagi menampung kos pembelian alatan infrastruktur ladang ternakan mahupun benih-benih lembu dari semasa ke semasa. Aqsa Syarif akan menghantar sejumlah RM135,000 untuk 15 ekor benih lembu tenusu dalam masa terdekat Insya Allah.

Bukan susu ada had perahan ke..tgok bengkak susu dia...
ReplyDelete