Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Saturday, June 2, 2012

Roti, Keju & Ikan DiHulurkan - Kasih Sayang Rakyat Malaysia Disampaikan



Hasil ternakan Ikan, hasil ternakan lembu tenusu dan hasil kilang roti AQSA-ISJ kini telah menghasilkan lebihan (keuntungan) dan pihak ISJ (Islamic Soc. of Jabalia) yang mengurus projek-projek tersebut secara profesional dan cemerlang telah mampu diagih-agihkan kepada para fakir miskin di Gaza. 

Projek-projek yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia yang disalorkan Aqsa Syarif melalui badan kemanusiaan ISJ semenjak 2010 bukan sahaja mampu menyediakan bekalan makanan yang sangat diperlukan di Gaza, malah telah memberi peluang pekerjaan kepada puluhan kakitangan yang sememangnya memerlukan peluang pekerjaan selepas 'blockade' dan serangan terhadap Gaza oleh rejim zalim Israel, malah hasil perusahaan-perusahaan tersebut telah diperuntukkan untuk tabung fakir dan miskin di Gaza. Dikalangan mereka adalah anak-anak yatim, ibu tunggal dan orang yang cacat anggota disebabkan serangan Israel.
Sukarelawan misi A2G4 telah diberi peluang menyampaikan sumbangan-sumbangan tersebut di dalam majlis khas yang dianjurkan di Jabalia oleh ISJ. Kanak-kanak diraikan dengan lagu-lagu nasyid dan kehadiran badut-badut bagi menggembirakan anak-anak yatim tersebut. Barang-barang mainan dalam bentuk anak patung dan kereta mainan diedarkan juga kepada anak-anak di samping makanan asasi seperti roti dari kilang roti Malaysia, Keju hasil ternakan lembu tenusu dan ikan dari kolam ternakan ikan kepada keluarga-keluarga miskin yang disenaraikan oleh ISJ sebagai keluarga yang diberi bantuan makanan secara bulanan.

Dengan penuh terharu tetapi penuh kesyukuran, para sukarelawan A2G4 yang juga terdiri dari ahli-ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) Pertubuhan Ikram Malaysia iaitu Ust Haris dan Ustaz Lokman telah mewakili rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan barang-barangan makanan asas dan secara simbolik menyampaikan salam dan kasih sayang rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin sebagai saudara seislam.

Menurut Pengerusi ISJ, persatuannya sentiasa diperingatkan oleh Perdana Menteri Palestin di Gaza, Dr Ismail Haniyeh, bahawa kebajikan rakyat miskin perlu sentiasa di jaga. ISJ melalui pengurusan yang profesional telah berjaya menyelenggara beberapa projek kritikal bersama Aqsa Syarif.

No comments:

Post a Comment