Rombongan misi kemanusiaan 19 negara Islam ke Gaza di dalam konvoi Syaddurihal-Ilal-Qud's yang disertai pimpinan Ikram dan Aqsa Syarif sebagai wakil rakyat Malaysia (misi A2G4-Aqsa Syarif) turut dibawa mengunjungi Kementerian Pelajaran & Pengajian Tinggi Gaza, Palestin pada hari kedua sebelah petang 21 Mei 2012.

Sudah menjadi tradisi murni masyarakat dan pemimpin di Gaza, setiap kali rombongan kami, kami akan disamut di hadapan pintu bangunan dengan satu barisan pegawai-pegawai utama termasuk menterinya sendiri iaitu Dr. Osama al-Mazini. Mafla Palestin dihulur dan dikalungkan ke leher kami sebagai tanda selamat datang dan salam perjuangan.
Setelah masuk ke dewan yang sederhana, kami terkejut kerana ditemukan dengan Syeikh Abu Ayish An-Najjar yang pernah datang di Malaysia dan pernah kami layan beberapa hari di Kuala Lumpur, ke UTM Johor dan ke Jabatan Pelajaran Johor (Lihat di SINI). Kami berpelukkan dan bertanya khabar dengan penuh kegembiraan.
Majlis ringkas di adakan dengan ucapan beberapa wakil deligasi. Tidak semena-mena Aqsa Syarif di sebut dan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia disampaikan kepada sidang hadirin.
Aqsa Syarif dan rakyat Malaysia disebut telah membuat sumbangan yang signifikan terhadap pembinaan dan menaiktaraf sekolah-sekolah di Gaza serta sumbangan beg-beg dan pakaian sekolah.



Cenderamata dari UTM juga disampaikan kepada Menteri dengan disaksikan pegawai di kemanterian tersebut, Syeikh Abu Ayish An-Najjar.
Dr Mohd Zin selepas dari itu turut mendapat kesempatan melawat rakan akademik di Islamic Universiti Gaza (IUG) iaitu bertemu dengan Assistance Professor Dr Ahmed S. Muhaisen di Jabatan Senibina (Lihat di SINI).
Dr Mohd Zin selepas dari itu turut mendapat kesempatan melawat rakan akademik di Islamic Universiti Gaza (IUG) iaitu bertemu dengan Assistance Professor Dr Ahmed S. Muhaisen di Jabatan Senibina (Lihat di SINI).
No comments:
Post a Comment