Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Tuesday, June 12, 2012

Projek-projek Pendidikan Aqsa Syarif Di Gaza

Selepas berjaya 'memecahkan sekatan' di pintu Rafah melalui 'Konvoi Global Kemanusiaan Jalan Darat A2G-VP5' pada Oktober 2010, berikutan tekanan masyarakat sivil antarabangsa terhadap serangan biadab Israel ke atas Flotila Mavi Marmara yang turut disertai 14 orang rakyat Malaysia (dua darinya BoT Aqsa Syari), beberapa projek yang berfokus kepada membangun semula sektor pendidikan di Gaza telah dirancang dan diusahakan oleh Aqsa Syarif melalui sumbangan rakyat Malaysia.

Bermula dengan membantu membangunkan sekolah Aghsan & Afnan di Beithlahya, Aqsa Syarif telah membantu membaik pulih beberapa sekolah di Khanyounis. Di antaranya ialah baik pulih bangunan di Sekolah Haroun Al-Rashid dan pembinaan Musolla di Sekolah Tariq bin Zyiad juga di Khanyounis. Beberapa sekolah lagi akan menerima peruntukan bantuan untuk menaik taraf kearluan P&P pelajar-pelajar di Gaza.



Di dalam konvoi Syaddurihal-ilal-Quds - A2G4, para sukarelawan Ikram & Aqsa Syarif telah mempunyai  aktiviti khas lawatan dan di sambut oleh pengetua dan guru-guru sekolah-sekolah tersebut. Di antara yang menjadi tumpuan ialah lawatan dan penyampaian sumbangan tambahan Rakyat Malaysia untuk sektor pendidikan. Para sukarelawan Aqsa Syarif sempat bersolat di Musolla yang dibina dengan kerjasama Emaar Associatin Khanyounis yang merupakan NGO rakan Aqsa Syarif yang mempunyai berbagai projek sumbangan rakyat Malaysia. Selain itu para sukarelawan sempat bermesra dengan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah tersebut walaupun mereka sedang sibuk kerana minggu peperiksaan di Gaza.


Sekolah Haroun Al-Rasyid adalah sebuah lagi sekolah yang dikunjungi. Pembinaan projek baik pulih dilakukan oleh Unit Pembinaan, Emaar Association. Dengan cara itu, kos pembinaan dapat di kurangkan dan lebih banyak projek akan dapat dilaksanakan.

Sumbangan tambahan kepada sekolah ini telah disampaikan oleh Ust. Haris Bain (Ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan Ikram Malaysia). 
Wakil Ikram dan Aqsa Syarif turut menerima penghargaan dan terima kasih di atas bantuan yang dihulurkan dan sijil tersebut diterima oleh wakil Aqsa Syarif iaitu Dr Mohd Tahir Abdul Rahman yang turut hadir di dalam misi A2G4. 

Ketika Ramadhan tahun lalu, Aqsa Syarif turut melancarkan projek bantuan 'back-to-school', iaitu kempen bantuan bag-bag sekolah, peralatan sekolah dan pakaian-pakaian sekolah pelajar yang disampaikan pada bulan Ogos 2011 sebagai persiapan mereka ke sekolah semasa sesi persekolah bermula di Gaza setiap bulan September (Lihat di SINI,  Lihat di SINI, juga Lihat di SINI). Proses pembinaan Lihat DI SINI.

No comments:

Post a Comment