Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Tuesday, June 12, 2012

Menyegarkan Tanah Suci Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa dalam minda pengunjung di Gaza.


Sebagaimana seseorang itu membuat persiapan-persiapan untuk menziarahi tanah suci yang dua (Makkah Mukarramah dan Madinah Munawwarah) maka persiapan juga amat perlu untuk menziarahi tanah suci yang ketiga di mana terletaknya Masjid yang jauh - Masjid al-aqsa atau dikenali juga sebagai Jerusalem pada hari ini.



Salah satu dari cara untuk membuat persiapan ini ialah dengan sentiasa mengingatkan akan perlunya berusaha untuk menuju ke tempat suci ke tiga umat Islam itu iaitu Jerusalem.

Di beberapa tempat di Gaza akan kita temui papan tanda mengenai berapa jarak Jerusalem dari tempat tersebut. Di beberapa bangunan kementerian dan di bangunan pejabat Perdana Menteri Palestin, Dr Ismael Haniyeh terdapat tanda tersebut, mengingatkan para pengunjung akan signifikannya tempat tersebut.

No comments:

Post a Comment