Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Friday, June 8, 2012

Gaza: Akan Kau Temui Dengan Mudah Mereka Yang Telah Meringkuk Di Penjara Israel

Dr Muhammad Shihab adalah seorang yang memiliki ijazah di dalam bidang Farmasi dan pernah membuka gedung farmasi, beliau kini adalah Ahli Parlimen bagi Daerah Jabalia. Beliau adalah bekas Imam dan merupakan Pengerusi Persatuan Islam Jabalia yang pertama. Beliau telah kehilangan seorang dari anak laki-laki nya bernama Abdul Rahman ... SYAHID kerana peluru ganas rejim Israil yang menusuk ditubuhnya. Beliau redha dan tabah.

Beliau pula pernah dipenjarakan dan pernah diseksa tentera Israel dengan mencabut kuku ibujari kakinya ...!

Syeikh Dr Muhammad Shehab ... Ulama', murabbi, pemimpin, pejuang, ahli farmasi profesional, ayah, suami dan datuk yang penyayang. Hidup sederhana dicelah-celah kediaman rakyat Gaza yang lain.

******************************

Solat subuh di Masjid berdekatan penginapan kami yang terletak sekitar 250 meter di seberang jalan di tepi pantai Gaza menghadap Laut Mediterranean yang dikepung tentera laut Israel, kami temui empat (4) bekas tahanan penjara Israel; Mujahid Zakaria Al-Ma'ry (22 tahun dipenjara); Mujahad Muhammad Hamadah (14 tahun dipenjara); Mujahid Abdul Rahman (14 tahun dipenjara) dan Mujahid Ghonimah (15 tahun dipenjara). Mereka adalah penduduk Tebing Barat dan selepas dibebaskan, mereka tidak dihantar (tidak dibenarkan) kembali kekampung halaman mereka ... satu legi bentuk hukuman diluar penjara besi, tetapi dipenjara terbesar dunia di Gaza (dikepung). Mereka jaga kebajikannya oleh kerajaan Gaza walaupun belum mendapat sebarang pekerjaan di Gaza (yang sememang terhad peluang pekerjaan) disebabkan angkara rejim Israel. 
Seorang darinya (berjubah putih) sekitar umur 35 tahun juga tidak mempunyai sebarang pekerjaan, namun telah disusun oleh pihak kerajaan Gaza dan baru sahaja berkahwin. 

Saorang darinya sekitar umur 60 tahun (berjubah lengan pendik), kelihatan otot lengannya berkepal-kepal, nampak tergesa-gesa untuk meninggalkan masjid selepas solat ... kami tanya kenapa? ... saya ada aktiviti routine ... "Berenang di pantai Gaza" katanya ..!



 Gaza dihuni oleh berbagi manusia yang telah diuji ... !

Mungkinkah kemenangan dari Allah semakin hampir ?

... dalam perjalanan balik ke penginapan ... kami temui seorang peserta misi dari Jordan Syeikh Ismail Ali Nashwan berumur 83 tahun yang menyertai misi A2G5 (Bersama 3 sukarelawan Aqsa Syarif). Beliau adalah di antara sukarelawan Mavi Marmara (Bersama sukarelawan Aqsa Syarif Ust. Hasanuddin & Dr Selamat) yang diserang Israel di laut Mediterranean.

No comments:

Post a Comment