Mr Khalil Al-Ishawi, pengurus Rawafid, baru-baru ini membuat penyerahan untuk bulan Mei dan Jun 2012 kepada anak-anak yatim dengan nilai USD50 setiap seorang. Ini adalah sebahagian dari lebih 1200 anak-anak yatim di semenanjung Gaza dan kem pelarian di Beirut yang ditaja oleh rakyat-rakyat Malaysia yang prihatin yang disalurkan melalui tajaan Anak Yatim Aqsa Syarif.
Anak-anak yatim sangat dijaga di dalam Islam dan menjadi tanggungjawab ummat keseluruhannya untuk menaja dan meemlihara anak-anak yatim khususnya di Palestin yang serba kekurangan. Umat Islam di Malaysia dijemput untuk membuat tajaan dengan hanya USD50.00 (RM170.00) sahaja sebulan selama setahun untuk seorang anak yatin Palestin. Sila layari web berikut untuk makluamt lanjut, borang on-line dan pertanyaan : http://www.aqsasyarif.org.my/penajaan/
Semoga kehidupan kita bertambah barkat.
No comments:
Post a Comment