Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Monday, June 4, 2012

Malaysian-Palestinian Industrial Village : MoU & Perletakan Batu Asas Disempurnakan






22 Mei 2012 menandakan satu lagi detik bersejarah bagi kerjasama rakyat Malaysia terhadap pembangunan semula Palestin, khususnya Gaza selepas serangan 2008-2009 oleh rejim zalim Israel terhadap semenanjung Gaza.

Selepas serangan tersebut, lebih 3,900 kilang dan industri kecil di Gaza musnah dan sekali gus pengeluaran produk keperluan tempatan terbantut dan puluhan ribu rakyat kehilangan pekerjaan. Gaza kini sedang di dalam proses di bangunkan semula dan bantuan luar sangat-sangat diperlukan.

Aqsa Syarif yang telah sekian lama melibatkan diri di dalam usaha-usaha bantuan kemanusiaan dan kewangan bagi empat sektor penting iaitu makanan, perubatan, pendidikan dan sosio-ekonomi, terus melipatgandakan usaha bagi memstikan pembangunan semula dan hak rakyat Palestin terbela.
Menyedari ramainya tanaga-tenaga mahir dan separa-mahir yang menganggur disebabkan sekatan dan kepungan terhadap Gaza semenjak 2006, Aqsa Syarif melangkah setapak lagi setelah berjaya dengan cemerlang di dalam pembangunan kilang roti di pinggir bandaraya Gaza.

Board of Trustee (BoT) Aqsa Syarif pada 28 April telah memutuskan dan meluluskan satu projek bernilai RM3.5 juta iaitu bergelar Malaysian-Palestinian Industrial Village (MyPIV). Projek pembinaan beberapa buah kilang bersaiz sederhana ini akan menempatkan beberapa jenis industri yang sangat-sangat dieprlukan di Gaza. Si antaranya ialah kilang pembuatan perabut, besi dan kimpalan, aluminium, pakain dan lain-lain.

Selain bertujuan menghasilkan produk untuk keperluan Gaza disebabkan sukarnya Gaza yang masih dikepung untuk mengimport barangan keperluan, projek ini juga akan mampu menawarkan pekerjaan. Suatu yang unik juga, pusat ini akan dijadikan pusat latihan kepada belia-belia lepasan sekolah untuk mendapatkan peluang latihan kemahiran dan peningkatan keupayaan.

Di dalam misi A2G4: Ikram-Aqsa2Gaza "Syaddurihal ilal Quds", baru-baru ini yang disertai 8 sukarelawan, majlis mendatangani persefahaman projek yang akan dibiayaai oleh rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif telah berjaya diadakan. 
Di dalam ucapan wakil Aqa Syarif, Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar menyatakan rasa terima kasih kerana diberi penghormatan dan peluang untuk turut beramal bagi membangun semula bumi ambiya' yang penuh keberkatan ini. "Aqsa Syarif berterima kasih kepada ISJ khususnya di atas kejayaan dan kecemerlangan beberapa projek sebelum ini dan peluang menyalurkan sumbangan ini adalah tanda kerjasama erat rakyat Malaysia terhadap perjuangan di Palestin. Ini juga adalah peluang amal, ibadah dan infaq yang istimewa yang diberikan dan dibuka kepada rakyat Malaysia."

Aqsa Syarif telah menyalurkan sejumlah RM100,000,00 sebagai permulaan projek MyPIV dan berhasrat untuk menjana dana dari pelbagai persatuan dan ahli-ahli korporat di Malaysia untuk membantu menjayakan projek yang unggul di Gaza ini.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Dato' Bandar Jabalis, Eng. Essam Joudah; Alhi Parlimen Jabalia, Sheikh Muhammad Shihab; Pengerusi ISJ dan pemimpin-pemimpin tempatan. Dr Mohd Tahir Abdul Rahman (S Usaha Aqsa Syarif) menandatangani dokumen bagi pihak Aqsa Syarif dan rakyat Malaysia, manakala Eng AbdelRahem Shehab bagi pihak ISJ dan rakyat Gaza, Palestin.

Para hadirin kemudiannya dibawa ke penjuru tapak cadangan projek bagi perletakan batu asas dan membuka tirai papan tanda projek kerjasama MyPIV tersebut.

Selepas majlis perletakan batu asas projek, yang berbahagia Ust Lokman (wakil Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan Ikram Malaysia) memimpin do'a. Semoga projek ini berjaya, diberkatiNya dan beroleh keridhaan ALlah SWT.

Maklumat ringkas projek sila lihat di SINI.

No comments:

Post a Comment