
Misi A2G4 tidak ketinggalan buat kali ke 4 (selepas A2g, A2G2, A2G3) menziarahi kanak-kanak Gaza yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kanser Kanak-kanak Rantisi. Hospital ini menempatkan kanak-kanak yang mengidap pelbagai penyakit dan ada yang disebabkan persekitaran dan keracunan dan radiasi disebabkan oleh serangan bersenjata rejim zonis yahudi. Ada dikalangan kanak-kanak yang terpaksa semenjak kecil lagi mendapat rawatan berterusan kerana penyakit yang dihidapi.

Lawatan ringkas tetapi penuh bermakna di dalam menyampaikan sokongan dan simpati penduduk Malaysia, sukarelawan Aqsa Syarif dan IKRAM sempat bertanya khabar dengan ibu-bapa yang sedang menunggu dengan sabar anak-anak mereka yang sedang mendapatkan rawatan di hospital ini. Beberapa keping coklat Aqsa Syarif yang di bawa khas dari Malaysia turut diberikan kepada kanak-kanak di hospital yang diziarahi.
Bekalan elektrik yang seding putus di seluruh semenanjung Gaza juga membuatkan rawatan di hospital ini sering menghadapi masalah, terutama kepada anak-anak yang menjalani rawatan darah dialisis. Oleh itu, AQSA telah menyumbangkan RM50,000 untuk pembelian UPS khas bagi dipasang di hospital ini bagi membantu sebagai back-up bekalan elektrik dan mengatasi proses perubatan daripada terganggu.

Para sukarelawan sempat mengunjungi bilik bacaan dan permainan kanak-kanak di hospital ini yang telah sempurna diwujudkan dan disediakan pelbagai kemudahan permainan dan bacaan kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di hospital tersebut. Bebeapa keping lukisan dan kad dari anak-anak di Malaysia yang dibawa bersempena misi ini turut di sampaikan dan ditampal di dinding bilik permainan sebagai tanda sokongan dan kebersamaan serta simpati kanak-kanak Malaysia terhadap kanak-kanak para anak mujahid di Palestin.
Majlis ringkas juga di adakan bagi penyampaian sijil-sijil penghargaan dari Khatwa Association kepada pemuda/pemudi dari Universiti Islam Gaza yang turut menyumbang tenaga di dalam merekabentuk dan menyiapkan bilik permainan kanak-kanak tersebut.
Sumbangan tambahan kepada Hospital Rantissi dan Khatwa Association bagi pembiayaan beberapa projek dan program turut disampaikan oleh wakil AQSA dan IKRAM.
No comments:
Post a Comment