Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Thursday, June 7, 2012

Pusat Wanita R2R di Rafah Untuk Dar-Al-Qur'an Dalam Progress

Alhamdulillah ketika misi A2G4, para peserta misi sempat melawat pembinaan bangunan Darul Qur'an Wa-Sunnah, sebuah projek R2R AQSA yang terletak di bandar Rafah selatan Semenanjung Gaza.


Projek bernilai RM300,000 ringgit hasil sumbangan rakyat Malaysia akan menempatkan pusat wanita melaksanakan pelbagai aktiviti. Di antara aktiviti utama ialah pendidikan dan pengajaran Al-Qur'an. Kerajaan Hamas pimpinan Dr Ismael Haniyeh menjadikan Al-Qur'an sebagai asas segala kehidupan. Proses pendidikan AL-Qur'an dijalankan secara formal dan tidak formal an melibatkan semua golongan dari kanak-kanak dan orang dewasa, laki-laki dan wanita.

Walaupun pendidikan dijalankan pada umumnya di masjid-masjid khususnya untuk kanak-kanak laki-laki, namun untuk wanita perlu disediakan tempat yang elbih kondusif.

Ketika lawatan peserta misi ke projek Darul Qur'an iaitu selepas solat Maghrib, kami dapati bekalan elaktrik dikawasan Rafah putus dan kami bergelap sebagai tetamu. Namun majlis penerangan diteruskan dengan penerangan progres Projek. Dr Mohd Zin yang dijemput berucap dan menerangkan akan kesungguhan AQSA untuk membantu masyarakat Gaza khususnya Dar'ul Qur'an juga terpaksa menggunakan lampu suluh di tangan untuk menerangi sekeliling ruang majlis.
Selepas majlis ringkas dan serahan cenderamata dalam bentuk mus'haf Qur'an, kami melawat sekitar bangunan yang sedang di dalam pembinaan dengan lampu suluh. RM100,000 sudah disalurkan dan sejumlah RM200,000 akan diserahkan ketika misi A2G7 (Menyinari Gaza) yang akan diketuai oleh Ir Dr Selamat Aliman pada pertengahan Jun 2012.
Semoga sumbangan rakyat Malaysia mendapat ganjaran terbaik dari Allah SWT dan teruskan menyumbang melalui Aqsa Syarif.

Maklumat lanjut mengenai projek R2R AQSA sila ke SINI.

No comments:

Post a Comment