Aqsa Syarif kini telah menyalurkan bantuan untuk ternakkan lembu tenusu untuk dua ladang ternakan, iaitu di Jabalia yang diusahakan oleh Islamic Society of Jabalia (ISJ) dan di Beithlahya yang diusahakan oleh Islamic Society of Beithlahya (ISB) - (gambar-gambar di atas).
Kedua-dua ladang ternakan lembu tersebut juga menghasilkan susu lembu masing-masing dan dari hasil susu telah diusahakan pengeluaran cheese (keju), yogurt dan lain-lain produk tenusu.
ISJ mempunyai kilang keju yang lebih besar dan menghasilkan pelbagai produk tenusu kerana pengalaman lebih dua tahun di dalam bidang tersebut (Gambar-gambar di sebelah). Baru-baru ini kilang keju ISJ telah berpindah ke premis baru. Manakala penghasilan keju di ISB masih menggunakan kaedah manual dan dijalankan di tempat yang sama susu diperah.
Ketika misi A2G4 & A2G5 ke Gaza baru-baru ini, para sukarelawan melawat kilang pembuatan keju dan lain-lain produk tenusu.
Para peserta juga dapat pengalaman melihat sendiri bagaimana keju dihasilkan dari hasil susu lembu dari ladang yang ditaja Aqsa Syarif dan rakyat Malaysia. Malah mereka berpeluang menikmati rasa keju dan yogurt yang segar. Ustaz Haris Bain, wakil Kelab Ikram Mesir berpeluang menyampaikan bantuan tambahan untuk kilang keju ISJ di majlis penandatangan dan perletakan batu asas projek terbaru Aqsa Syarif MyPIV.
ISJ melalui program bantuan kepada keluarga-keluarga miskin telah menyalurkan hasil-hasil tenusu bersama roti dan ikan ternakan yang diusahakan kepada 200 keluarga setiap bulan.
Ust Abd Haris Menyerahkan Tambahan Sumbangan Untuk Kilang Keju kepada Eng A.Rahem Shehab, Pengerusi ISJ.
No comments:
Post a Comment