Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Thursday, June 21, 2012

Ceramah Palestin di MRSM Pontian


Alhamdulillah pada 16 Jun 2012 baru-baru ini, satu ceramah Palestin  di MRSM Pontian telah disampaikan oleh Ustaz Rofazlin Jusoh. Ini merupakan kunjungan kali ke 4 Aqsa Syarif ke MRSM Pontian . Kunjungan sebelum ini ialah pada Jun 2010 (Ustaz Aminuddin Ruskam),
Ogos 2010 (Dr  Rahim/Dr Fauziah Hassan/Muadz) dan  Nov 2010 (Dr Mohd Zin Kandar).

Pelajar-pelajar MRSM merupakan antara penyumbang terbesar  kepada Aqsa Syarif Pontian, berberdasarkan mereka pernah menyumbang sebanyak RM 9,000 semasa kunjungan Dr Zin Kandar. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar dan pihak MRSM yang sangat prihatin.

Beberapa gambar disertakan:

Inline image 1
Persembahan pelajar di awal program: 
Tajuk di white board ialah: Program bersama Pemuda IKRAM - Isra' Mikraj

Inline image 2
Ustaz Rofazlin Jusoh sedang menyampaikan ceramahnya

Inline image 3
Ustaz Rofazlin sedang menerima cenderahati dari Pengetua: Hj Arshad Omar

Inline image 4
Suasana di surau tempat ceramah. Jumlah pelajar kira-kira seramai 750 orang.

Halim Ali
0197765321
JK Penerangan  & Media IKRAM Pontian
facebook.com/IKRAM.Pontian
facebook.com/ikram.youth.johor

No comments:

Post a Comment