
Kami mengambil kesempatan menemuramah dua orang wanita. Salah seorang darinya ialah seorang ibu berumur sekitar 55 tahun yang berasal dari daerah Beit-Honun iaitu daerah yang paling utara semenanjung Gaza dan berada benar-benar di sempadan dengan tanah yang diajajh Israel.

Dua orang anaknya salah seorangnya 17 tahun kini sudah 5 tahnun dipenjarakan. Semenjak itu beliau tidak berkesempatan langsung menemui kedua-dua anaknya.
Wanita ini datang bersama seorang cucunya yang telah lima tahun tidak bertemu ayahnya. Wajahnya yang kelihatan sungguh sugul, sememang mengharapkan sangat akan kepulangan ayahnya.



Wanita yang kelihatan tabah dan tidak berganjak dengan ancaman Israel itu menyeru kepada wanita Malaysia malah seluruh dunia agar berusaha untuk berbuat sesuatu bagi mengehntikan keekjaman Israel dan berusaha agar semua tahanan di penjara-penjara Israel akan dibebaskan. "Semua mereka yang dipenjara adalah anak-anak saya dan saya mahukan mereka semua dibebaskan". Mahah katanya "8 dari anak-anaknya yang ada bersamanya sanggup dihantar ke Israel untuk membebaskan semua tahanan d penjara Israel".
Ditanya mengenai Israel, beliau menyatakan: "Kami akan terus menghadapi Israel dengan apa juga cara. Walaupun mereka memenjara dan menjadikan anak-anak kami syahid, kami akan terus melahirkan anak-anak Palestin setiap hari dan kami akan terus berjuang untuk membebaskan semua tahanan-tahanan Israel yang sebenarnya tidak bersalah"
Kami sempat juga menemuramah menantu wanita ini yang turut hadir di "majlis bertemu para delegasi Syaddurihal". Dengan nada syahdu, beliau berharap suaminya akan segera dibebaskan dan dapat menemuinya dan meneruskan kehidupan bersama anak perempuannya yang semain membesar.
Lihat di SINI : Kenyataan Media Initiative dari PCOM dan NGO-ngo di Malaysia.
Lihat di SINI : Kenyataan Media Initiative dari PCOM dan NGO-ngo di Malaysia.
No comments:
Post a Comment