Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Tuesday, June 5, 2012

Pusat Jahitan AQSA-Emaar Beroperasi di Khanyounis, Selatan Gaza

Memberi 'joran untuk memancing' kepada NGO-NGO di Gaza adalah pendekatan yang praktikal dan menjadi tumpuan Aqsa Syarif (AQSA) di dalam usaha membantu rakyat Palestin membangun semula sosio-ekonomi mereka setelah hampir ranap oleh serangan rejim zalim Israel pada 2008-2009 serta blockade tidak berprikemanusiaan yang dikenakan oleh rejim Israel terhadap Gaza semenjak 2006. Dengan 'joran' yang diberikan, Insya Allah msayarakat di Gaza akan dapat memperolehi ikan secara berterusan, berbanding jika kita memberi 'ikan' kepada mereka.

Dengan saluran peruntukan sejumlah RM100,000.00 (USD33,000) kepada Emaar for Development & Rehabilitation (sebuah local partner AQSA di selatan Gaza) pada Januari 2012, iaitu ketika misi A2G3 (B2G) yang diketuai Pengerusi Aqsa Syarif (Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor), kini sebuah pusat wanita dan pusat jahitan berdiri tegak dengan kemudahan jahitan yang lengkap. 

Ketika misi A2G4 (Syaddurihal ilal Quds), sukarelawan Ikram & Aqsa Syarif telah dibawa melawat pusat jahitan tersebut yang terletak di bandar Khanyounis yang padat dengan penduduk. Dengan keluasan lantai sekitar 20' x 25', pusat ini telah menempatkan 5 mesin jahit, meja memotong kain dan kabinat menyangkut baju.

Empat wanita terlatih di dalam jahitan pakaian turut hadir di dalam lawatan kami yang di sertai juga Pengerusi Emaar (Dr Anwar Ibrahem) dan pengurus Emaar (Mr Anwar Mosa). Pusat jahitan ini menjadi bukan sahaja aktiviti wanita, namun juga sumber pendapatan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Dengan bantuan yang AQSA salurkan (hasil sumbangan rakyat Malaysia), secara langsung 5 wanita mendapat pekerjaan. Beberapa orang juga akan menjadi pengedar dan penjual kepada pakaian-pakaian yang dihasilkan.

Pusat jahitan ini akan menghasilkan pengeluaran pakaian-pakaian wanita, kanak-kanak dan pakaian sekolah bagi keperluan penduduk di Gaza.

Sebaik sahaja sukarelawan masuk ke pusat jahitan tersebut, reben perasmian pusat jahitan sudah menanti kami dan penghormatan diberikan kepada ketua konvoi A2G4, Ustaz Haris Bain untuk memotong reben tanda dibuka dengan rasmi pusat jahitan ini oleh Aqsa Syarif.

Peserta misi terpaku dengan sejumlah pakaian yang tergantung di kabinet yang telah dihasilkan dan bersedia untuk dipasarkan di Gaza dan luar Gaza. Peserta misi juga turut mendapatkan 15 pasang pakaian untuk dijual di Malaysia sebagai permulaan. 
Aqsa Syarif akan terus memantau dan menambahkan modal untuk membesarkan pusat jahitan tersebut. Jika potensi memberangsangkan, berkemungkinan pusat jahitan seumpa itu akan diwujudkan di beberapa tempat lagi di sekitar Gaza bagi memenuhi keperluan penduduk yang baru sahaja bangkit dari tekanan dan serangan rejim Israel yang zalim.

No comments:

Post a Comment