Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Saturday, June 2, 2012

"Kami Sangat Berhasrat Membantu Orang Yang Memerlukan Bantuan"

Namanya ialah Madam Khetam Awad. Dengan skim pembiayaan Micro Credit AQSA-EMAAR yang diperolehi sejumlah USD1,500, beliau membuka pusat "speech therapy" untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah percakapan atau sebutan. 

Beliau telah mendapat kerjasama dari seorang doktor pakar "speech therapy" iaitu adik kepada Dr Abdul Aziz Rantissi yang akan berada di pusat ini dua kali seminggu bagi menjalankan terapi percakapan kepada kanak-kanak yang hadir di pusat ini.

Madam Khetam Awad telah menyediakan 3 kelas dengan purata peserta di pusatnya sejumlah 55 orang. Empat orang guru dengan bayaran minima bertugas di puast ini. Sesekali suaminya datang membantu menguruskan pusat terapi ini.

Pusat ini juga menawarkan kelas tuition untuk masyarakat sekeliling (di Bandar Khanyounis). Bila kami tanya, apakah rancangan masa hadapan beliau, beliau berharap jika dapat modal yang lebih besar dan premis yang lebih baik, beliau berkata "Kami sangat berhasrat memberikan bantuan terbaik kepada masyarakat yang memerlukan khidmat kami".






Begitulah kepelbagaian jenis perkhidmatan dan perniagaan yang dijalankan penduduk Khanyounis di selatan Gaza. Alhamdulillah...!

No comments:

Post a Comment