Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Saturday, June 2, 2012

Kedai Gunting Kesukaan Ramai Ambil Micro Kredit AQSA-EMAAR


Namanya Mahmoud Muhammad Joma'a. Beliau seorang pemuda yang pernah mendapat latihan mengunting rambut di Centre of Vinus Hair Cutting. Selepas tempat beliau bekerja mengunting rambut tutup,  
lima bulan lalu, beliau telah berpeluang memperolehi USD2000 dari skim pembiayaan micro-credit AQSA-EMAAR. Dengan demikian beliau menggunakan untuk mengubahsuai sebuah premis yang disewanya dan digunakan untuk membeli kerusi khas dan peralatan-peralatan mengunting rambut.

Kini beliau menerima kunjungan di antara 50 - 100 pengunjung seminggu dengan harga dikenakan untuk setiap pelanggannya di antara Shakel 5 - 10 (mata wang Israel).

Ketika kunjungan Aqsa Syarif ke premisnya, kami sempat menemuramah beliau dan pelanggannya sekali. Mengikut pelanggan tersebut, beliau sentiasa mengunjungi kedai ini dan mendapat khidmat gunting rambut daripada  Mahmoud Muhammad Joma'a.  Ketika kami dikedai rambut tersebut dua orang pelanggan sedang menanti giliran. Alhamdulillah, satu lagi penerima skim Micro Credit AQSA-EMAAR. Tahniah Rakyat Malaysia...!

Turut hadir di dalam lawatan ini ialah Dr Anwar Ibrahem Mosa, Pengerusi Emaar Association Khanyounis.

No comments:

Post a Comment