Lawatan ke Islamic Society of Beithlahya penuh pengalaman. Sudah menjadi tradisi masyarakat di Gaza, kunjungan kami di sambut dengan barisan ketua-ketua masyarakat. Selain dapat berbincang dengan MP Sheikh Musher Masiri, pemimpin tempatan dan NGO di Beithlahya, peserta A2G4 pada Mei yang lalu berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana mereka membangunkan semula masyarakat setelah daerah mereka hampir ranap diserang rejim zionis Israel yang kejam dan tidak berhati perut. Peserta misi dapat melawat kebun-kebun yang mula menghasilkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ladang ternakan lembu juga semakin membiak dan yang menarik ialah proses menghasilkan keju (Cheese) dari hasil tenusu yang diperolehi dari lembu-lembu yang diternak. Dipersembahkan beberapa gambar menarik yang dirakam oleh jurukamera tempatan yang mengikuti rombongan kami iaitu Br Abdul Hakim.
Ust Loqman bersama lembu-lembu Aqsa Syarif sumbangan rakyat Malaysia
Bekas/tong-tong untuk susu lembu
Membuat Keju secara manual
Keju siap menggunakan acuan yang simple
Garam ditabur untuk memberikan ketahanan terhadap keju
Masya Allah ... sedap rasanya.
No comments:
Post a Comment