Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Monday, June 25, 2012

"Arts for Palestine" di Melaka 29 Jun - 1 Julai 2012


Suatu pameran dan jualan hasil-hasil seni pelbagai bentuk seperti lukisan dan gambar foto bertemakan "Arts for Palestine" akan di adakan dari 29 Jun - 1 Julai 2012 di Dataran Memorial Kemerdekaan Bandar Hilir Melaka.

Selain dari pameran dan jualan hasil seni lukisan dan gambar-gambar Palestin yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia dan rakyat Gaza, pelbagai aktiviti berkaitan Palestin turut diadakan seperti pameran, ceramah dan peraduan mewarna oleh anak-anak tadika dari sekitar bandaraya Melaka dan demonstrasi menghasilkan lukisan-lukisan menarik.

Usaha ini digerakkan oleh pensyarah beberapa Politeknik seluruh Malaysia dengan kerjasama PERZIM, Politeknik Melaka, Politeknik Negeri Sembilan, Pertubuhan Arkitek Malaysia dan Aqsa Syarif.

Orang ramai dan badan-badan korporat dijemput untuk datang beramai-ramai bagi menyaksikan dan membeli hasil-hasil seni bagi hisan rumah dan pejabat-pejabat di samping membantu menjana dana untuk Palestin. Aqsa Syarif sedang merancang misi "Ramadhan di Palestin bersama Aqsa Syarif" pada bulan Ramadhan nanti dan segala hasil jualan dan sumbangan akan disalorkan bagi membantu rakyat Palestin menyambut Ramadhan dan Aidil Fitri.

Maklumat lanjut sila hubungi En Badrul : 017-2444133.




















No comments:

Post a Comment