Ribuan orang dewasa laki-laki dan wanita, termasuk para remaja Palestin kini merengkok di dalam Penjara. Mereka bukan penjahat..! Mereka juga bukan Pengganas..! Mereka adalah rakyat biasa yang inginkan pembelaan ..! Telah lebih 60 tahun mereka ditendang dan diterajang..! Malah mereka disakiti dan diperlakukan seumpama binatang ..! ...oleh manusia-manusia penjenayah pengikut fahaman sesat zionis yang tidak berhati perut, tidak bertamadun dan tidak berprikemanusiaan.
Rakyat Palestin sudah sekian lama diporak-perandakan dengan usaha zionis menghancur dan memisahkan sesama ahli keluarga Palestin.


Ya... rakyat Palestin hanya inginkan dikembalikan hak mereka. Mereka tanpa senjata hanya sehelai bendera Palestin ... di gengam, dibawa berlari, dibawa berdemonstrasi bagi menuntut hak asasi yang perlu dikembali.
Tapi tentera ganas Israel ... tanpa sebarang prikemanusiaan di hati, dengan senjata canggih mengacu dan mencedera. Menangkap dan menyumbat ke penjara-penjara yang kotor dan berjeriji.
Aqsa Syarif tidak tega berdiam diri. Mengajak masyarakat menanamkan simpati. Mengajak rakyat berkongsi perasaan dan hati yang murni. Lantas usaha terus dipacu ... agar Palestin bebas, agar tidak ada lagi rakyat yang tidak bersalah merengkuk di dalam penjara berjeriji.
Aqsa Syarif Menandatangani MoU Membantu Usaha Pembebasan Palestin dari Penjara Israel
Bersempena misi A2G4, Mei 2012, MoU dimetrai. Sokongan dan sumbangan kearah pembebasan para tahanan Palestin yang sedang merengkok di penjara-penjara Isreel perlu dibebaskan. Melalui Islamic Society of jabalis (ISJ) dan The Center for Political and Development Studies (CPDS), Aqsa Syarif telah menyalurkan bantuan kewangan sejumlah USD12,500 untuk usaha-usaha kempen dan penerbitan bahan-bahan berkaitan penderitaan dan hak-hak yang perlu diberikan terhadap para tahanan Palestin dipenjara-penjara Israel.
Majlis ringkas tetapi penuh bermakna telah diadakan di Gaza baru-baru ini di mana Dr Mohd Tahir mewakili Aqsa Syarif dan rakyat Malaysia telah menandatangani MOU dengan pihak Palestin diwakili oleh Dr Mahmud Al-Hirtani.


Maklumat lanjut mengenai tahanan Palestin yang disiksa dapat di lihat di SINI dan di SINI. Terkini mengenai Palestinian di penjara lihat di SINI.
Sebahagian aktiviti dan penerbitan CPDS lihat di SINI.
Sebahagian aktiviti dan penerbitan CPDS lihat di SINI.
No comments:
Post a Comment