Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Monday, June 4, 2012

Peserta Misi A2G4 Melawat Proses Pengeluaran Roti di Kilang Aqsa Syarif

Awal pagi 22 Mei 2012 lalu, seramai 8 sukarelawan IKRAM & Aqsa Syarif bergegas dibawa ke kilang roti Malaysian-Palestinian Friendship Bakery di pinggir bandaraya Gaza bagi melihat sendiri proses pengeluaran roti untuk jualan dan edaran kepada penduduk Gaza.

Projek bernilai RM640,000 yang mula beroperasi pada bulan 28 Jun 2011 kini telah menjadi pilihan penduduk Gaza kerana kualiti pengeluaran yang baik yang menggunakan kaedah sepenuhnya otomatik. Roti-roti dijual di kilang dan diedarkan oleh pengedar-pengedar ke kedai-kedai runcit sekitar bandaraya Gaza.

Kesemua sukarelawan yang menyaksikan proses pembuatan roti sangat teruja sungguh. Mereka menyaksikan bagaimana tepung dimasukkan di dalam alat pengaul automatik, kemudian melalui proses pembentukan ketul-ketul tepung yang kemudiannya memasuki mesin menghempit menjadikan kepingan-kepingan tepung yang melalui conveyor dan jatuh satu persatu dalam barisan yang teratur kemudian memasuki oven dan keluar secara otometik menjadi roti yang gebu dan berasap.
Para peserta juga sempat membantu membuat pembungkusan roti-roti tersebut dan kemudiannya di bawa ke kenderaan transit untuk edaran kekedai-kedai di serata Gaza. Masya Allah sangat menakjubkan.

Menurut Saudara Eng AbdelRahim Shehab (Pengerusi Islamic Soc of Jabalia) yang mencadangkan dan menjayakan projek tersebut menyatakan bahawa kini kilang ini sudah mencapai keadaan self-sustain (berdiri sendiri) dengan keuntungan hasil jualan roti yang dihasilkan. Malah kini keuntungan kilang ini telah berjaya memperuntukan sekitar 200 keluarga miskin untuk menerima roti-roti hasil kilang ini.


Kejayaan projek kilang roti ini antara lain ialah keupayaan menyediakan pekerjaan kepada penduduk dan secara langsung juga memberi peluang lebih ramai penduduk Gaza menjadi pengedar-pengedar roti ke kedai-kedai. Kewujudan kilang tersebut juga tepat pada waktunya di dalam keadaan Gaza mengalami kekurangan pekerjaan disebabkan blockade dan serangan kejam oleh rejim Israel pada 2008-09.













Sejarah penjanaan dana dan pembinaan kilang roti AQSA di GAZA dapat dilihat di SINI: http://aqsa2gaza.blogspot.com/2011/05/projek-kilang-roti-aqsa-syarif-di-gaza.html


1 comment:

  1. subhanALLAH...alhadulillah...Lailahaillallah... ALLAHUAKBAR... tahniah buat semua saudara islam ku..

    ReplyDelete